Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    3—Roh-Roh Jahat

    Perhubungan antara dunia nyata dan dunia tak nyata, pelayanan malaikat Tuhan, dan roh-roh jahat dijelaskan dalam Kitab Suci dan jelas memaparkan peranan mereka dalam sejarah manusia. Para malaikat suci yang “melayani mereka yang harus diselamatkan” (Ibrani 1:14) dianggap oleh kebanyakan orang sebagai roh-roh orang mati. Tetapi Kitab Suci bukan sahaja menunjukkan bukti kewujudan malaikat, Tuhan mahupun Syaitan tetapi mengemukakan bukti kukuh bahawa mereka bukanlah roh orang mati.PA 23.1

    Sebelum penciptaan manusia, para malaikat sudah wujud, kerana pada ketika dasar dunia diletakkan, “bintang-bintang fajar bersorak-sorak bersama-sama, dan semua anak Allah bersorak-sorai.” Ayub 38:7. Selepas kejatuhan manusia, para malaikat diutus untuk menjaga pohon kehidupan dan semua ini sebelum seorang pun manusia mati. Para malaikat secara amnya adalah lebih tinggi daripada manusia kerana manusia diciptakan “rendah sedikit daripada malaikat.” Mazmur8:6.PA 23.2

    Kitab Suci memberitahu kita bilangan, kuasa dan kemuliaan malaikat, perhubungan mereka dengan kerajaan Tuhan dan juga kaitan mereka dengan kerja penebusan manusia. “Tuhan telah menyediakan takhta-Nya di syurga dan kerajaan-Nya memerintah segalanya”. Nabi berkata, “Aku melihat dan mendengar suara banyak malaikat sekeliling takhta.” “Di hadapan hadirat Raja atas segala raja mereka menunggu-“malaikat, yang kuat,” “melayani Dia dan melaksanakan firman-Nya,” “mendengarkan suara firman-Nya,” Mazmur 103:19-21; Wahyu 5:11. Beribu-ribu malaikat dilihat oleh Nabi Daniel, Daniel 7:10. Rasul Paulus menyatakan jumlah mereka sebagai “beribu-ribu malaikat” Ibrani 12:22. Sebagai utusan Tuhan mereka “terbang ke sana ke mari seperti kilat,” Yezekiel 1:14, begitu menyilaukan kemuliaan mereka, begitu pantas perjalanan mereka. Malaikat yang muncul di kubur Juruselamat, mempunyai wajah “seperti kilat dan pakaiannya seputih salji,” menakutkan penjaga-penjaga sehingga mereka menggeletar, dan mereka menjadi “seperti orang-orang mati.” Matius 28:3, 4. Apabila Sanherib, Asyur bongkak yang menghina mencaci Tuhan dan mengugut untuk memusnahkan Israel, “Pada malam itu satu malaikat Tuhan pergi ke perkhemahan orang Asyur dan membunuh 185,000 orang askar.” “Maka raja negeri Asyur pulang ke negerinya dengan sangat malu.” 2 Raja-raja 19:35; 2 Tawarikh 32:21.PA 23.3

    Para malaikat diutus dalam misi belas kasihan kepada anak-anak Tuhan. Kepada Abraham, dengan janji berkat; kepada Sodom, untuk menyelamatkan Lot dari bala yang menimpa; kepada Elia, yang hampir mati keletihan dan kelaparan di gurun; kepada Elisa, dengan kereta kuda berapi mengelilingi kota kecil dimana dia dikepung oleh musuhnya; kepada Daniel, ketika meminta kebijaksanaan llahi di mahkamah raja kafir, atau ditinggalkan untuk menjadi mangsa bahaman singa; kepada Petrus, yang dihukum mati di kurungan bawah tanah Herodes; kepada banduan-banduan di Filipi; kepada Paulus di tengah-tengah gelora lautan; untuk membuka minda Kornelius bagi menerima Injil; untuk menghantar Petrus bila membawa mesej keselamatan kepada bangsa-bangsa asing-begitulah malaikat-malaikat suci telah melayani umat Tuhan.PA 24.1

    Malaikat penjaga dilantik untuk setiap pengikut Kristus. Mereka melindungi orang bermoral dari kuasa Syaitan. Ini pun diakui oleh Syaitan bila dia menyatakan, “Mahukah Ayub beribadat kepada-Mu jika dia tidak mendapat apa-apa ganjaran? Engkau selalu melindungi dia serta keluarganya dan segala miliknya. Engkau menjayakan segala usahanya, dan Engkau memberi dia banyak ternakan sehingga memenuhi seluruh negeri.” Ayub 1:19-10.PA 24.2

    Tuhan melindungi umatnya melalui pernyataan oleh Daud: “Malaikat Tuhan berkhemah di sekeliling orang-orang yang takut akan Dia, lalu meluputkan ketahanan mereka.” Mazmur 34:8. Juruselamat berkata kepada mereka yang percaya kepada-Nya: “Ada malaikat di syurga yang selalu memandang wajah Bapa-Ku yang di syurga.” Matius 18:10. Malaikat yang dilantik untuk melayani kanak-kanak boleh berjumpa Tuhan pada bila-bila sahaja.PA 25.1

    Oleh itu, umat Tuhan yang terdedah kepada kebencian tanpa henti dari penguasa kegelapan, diberikan jaminan penjagaan tanpa henti oleh para malaikat. Jaminan sebegitu diberikan bukan tanpa sebab. Perlunya Tuhan memberikan jaminan keselamatan sebegitu, kerana wujudnya agensi kejahatan yang perlu dihadapi-agensi yang besar, bertekad dan tanpa henti harus diperhatikan.PA 25.2

    Roh jahat, pada awalnya diciptakan tanpa dosa, adalah sama dari segi ciri-ciri, kuasa dan kemuliaan dengan makhluk suci yang kini adalah utusan Tuhan. Tetapi setelah jatuh melalui dosa, mereka berkomplot untuk menghina Tuhan dan membinasakan manusia. Bersatu dengan Syaitan dalam pemberontakan, mereka bekerjasama dalam peperangan menentang kuasa ketuhanan. Kitab Sucimenerangkan persekutuan dan kerajaan mereka, menerangkan hierarki mereka, kebijaksanaan mereka dan dendam mereka terhadap keharmonian dan kebahagiaan manusia di dunia ini.PA 25.3

    Sejarah Perjanjian Lama menyebut kewujudan mereka, tetapi semasa Kristus berada di dunia, roh-roh jahat menunjukkan kuasa mereka dengan lebih ketara. Kristus telah datang bagi penebusan manusia, dan Syaitan menegaskan haknya untuk mengawal dunia. Dia telah berjaya mewujudkan penyembahan berhala di setiap bahagian dunia kecuali Palestin. Kristus telah datang kepada satu-satunya negara yang tidak tunduk kepada penggoda itu, lalu menghulurkan tangan kasih-Nya, mempelawa semua orang untuk mencari pengampunan dan kedamaian dalam-Nya. Di sini, dua kuasa menuntut kekuasaan. Yesus, mempelawa kedatangan sesiapa sahaja yang inginkan kemaatan dan keharmonian dengan-Nya dengan tangan terbuka. Kuasa kegelapan menyedari bahawa mereka mempunyai kuasa terhad dan sekiranya misi Kristus berjaya, pemerintahan mereka akhirnya akan berakhir. Syaitan meronta-ronta seperti singa yang terkurung dan tanpa was-was dengan keingkaran melampau mempamerkan kekuasaannya ke atas badan dan jiwa manusia.PA 25.4

    Perjanjian Baru jelas sekali menyatakan kewujudan manusia yang dikuasai Iblis. Penderitaan yang mereka hadapi bukan sekadar penderitaan penyakit semulajadi. Kristus jelas sekali mengetahui apa yang Dia hadapi, dan mengakui kehadiran Syaitan dan agensinya.PA 26.1

    Bilangan, kekuasaan dan dendam mereka, serta kuasa, belas kasihan Kristus jelas dinyatakan oleh Kitab Suci dalam penyembuhan orang kerasukan di Gadara. Orang yang kerasukan itu menjadi gila, tanpa sebarang kawalan, mulut mereka berbuih, berang, menyeksakan diri sendiri dan membahayakan semua orang yang mendekati mereka. Badan mereka berlumuran darah, dilukai, dan minda yang tidak tenterammenggambarkansituasiyangmenyenangkan penguasa kegelapan. Salah satu roh jahat yang mengawal orang tersebut berkata, “Namaku Legion, kerana kami banyak.” Markus 5:9. Di dalam tentera Rom, satu legion dianggotai dari 3-5 ribu orang. Pengikut Syaitan juga bergerak dalam kumpulan dan dalam satu kumpulan, terdapat tidak kurang dari 3-5 ribu orang.PA 26.2

    Dengan arahan Yesus, roh jahat meninggalkan mangsanya, mereka kini dalam keadaan tenteram, duduk di kaki Penyelamat mereka, tenang, bijak dan beradab. Tetapi roh-roh jahat itu dibenarkan memasuki sekumpulan babi yang terjun ke laut; dan bagi penduduk Gadara, kehilangan kewangan ini adalah lebih penting daripada berkat yang Kristus kurniakan; lalu Tuhan Penyembuh dipaksa meninggalkan tempat itu. Inilah kesan yang Syaitan inginkan. Dengan melemparkan kesalahan kehilangan mereka ke atas Yesus, Syaitan membangkitkan sifat mementingkan diri sendiri dalam hati penduduk di situ dan menghalang mereka daripada mendengar kata-kata-Nya. Syaitan akan berterusan menuduh Orang Kristian sebagai penyebab kehilangan, malapetaka dan kesengsaraan, dan tidak akan menerima teguran bahawa ia sepatutnya dipersalahkan kepada dia dan pengikutnya.PA 27.1

    Namun niat Kristus tidak kehilangan sepenuhnya. Kristusmembenarkanroh-rohjahatuntukmembinasakan kawanan babi sebagai satu teguran kepada bangsa Yahudi yang menternak binatang haram bagi mendapatkan keuntungan. Sekiranya Kristus tidak menghalang Iblis itu, bukan sahaja kawanan babi, tetapi penjaga kawanan babi dan juga pemiliknya akan diterjunkan ke dalam laut. Keselamatan penjaga and pemilik babi tersebut adalah kerana kuasa-Nya, belas kasihan-Nya terhadap mereka. Selain itu, peristiwa ini juga membenarkan pengikut-Nya menyaksikan sendiri kuasa kejam Syaitan ke atas manusia dan binatang. Juruselamat mahu agar pengikut-Nya mengetahui kuasa musuh mereka, agar mereka tidak tertipu oleh saluran-salurannya. Kehendak-Nya juga supaya orang ramai melihat kuasa-Nya mengatasi belenggu Syaitan dan membebaskan tawanan Syaitan. Walaupun Yesus sendiri meninggalkan tempat itu, orang yang diselamatkan-Nya terus memberitakan belas kasihan Pembebas mereka.PA 27.2

    Contoh lain yang dicatatkan dalam Kitab Suci: Anak perempuan wanita Siro-Fenisia, yang kerasukan roh jahat, disembuhkan oleh Yesus dengan kata-kata-Nya (Markus 7:26-30); orang yang buta dan bisu kerana dirasuk roh jahat (Matius 12:22); orang muda kerasukan roh yang membisukannya dan seringkali “mengheretnya ke dalam api ataupun ke dalam air untuk membinasakannya” (Markus 9:17-27); orang kerasukan yang diseksaolehrohjahatdanmengganggu ketenangan hari Sabat di Kapernaum (Lukas 4:33-36) -dalam semua kisah, mereka disembuhkan oleh Juruselamat yang pengasih. Dalam hampir semua keadaan, Kristus berinteraksi dengan roh jahat sebagai entiti intelek, mengarahkan dia untuk keluar dan tidak lagi menyeksa mangsanya. Para penyembah di Kapernaum “semua takjub, lalu berkata kepada yang lain, katanya, Alangkah hebatnya perkataan ini! Sebab dengan penuh wibawa dan kuasa Dia memberi perintah kepada roh-roh jahat dan mereka pun keluar.” Lukas 4:36.PA 28.1

    Mereka yang dirasuk roh jahat biasanya dipaparkan sebagai berada dalam keadaan menderita; namun terdapat juga situasi berlainan. Bagi mendapatkan kuasa luar biasa, terdapat juga golongan yang mengalu-alukan pengaruh Syaitan. Dalam situasi sebegini, mereka tidak berkonflik dengan roh-roh jahat. Di antara golongan ini adalah mereka yang memiliki roh sihir-Simon Magus, Elimas seorang ahli sihir, dan gadis yang mengekori Paulus dan Silas di Filipi. Rujuk Kisah Para Rasul 8:9,18; 13:8; 16:16-18.PA 28.2

    Tiada yang berada di dalam keadaan paling bahaya berbanding mereka yang menafikan kewujudan Iblis dan sekutunya meskipun mengetahui kesaksian dalam Kitab Suci. Selagi kita tidak menyedari taktik mereka, selagi itulah mereka lebih berpengaruh; ramai mendengarkan cadangan mereka tanpa sedar kerana mereka berpendapat bahawa mereka mengikuti kebijaksanaan mereka sendiri. Oleh itu, semakin kita menghampiri pengakhiran zaman, Syaitan akan bekerja sepenuh masa untuk menyebarkan kepercayaan bahawa dia tidak wujud. Polisi ini bertujuan menyembunyikan dirinya serta taktiknya.PA 28.3

    Penipu besar itu amat takut sekiranya kita mengetahui cara dia beroperasi. Demi menyembunyikan keperibadian sebenarnya, dia menyebabkan dirinya ditunjukkan sebagai membangkitkan tiada reaksi yang lebih kuat selain kutukan dan cemuhan. Dia gembira digambarkan sebagai sesuatu yang tidak munasabah atau cacat, separuh binatang dan separuh manusia. Dia gembira mendengar namanya digunakan sebagai panggilan dan cemuhan oleh individu yang menganggap diri mereka sendiri sebagai bijak and cerdik.PA 29.1

    Kehebatnya telah berjaya memperdayakan ramai orang menyebabkan soalan ini ditanya dengan meluas: “Benarkah makhluk sebegitu wujud?” Inilah bukti kejayaannya menyebarkan ketidakbenaran pernyataan bahawa keterangan mudah dalam Kitab Suci biasanya diterima oleh masyarakat umum. Dan disebabkan Syaitan sangat mudah mengawal minda mereka yang tidak menyedari pengaruhnya, firman Tuhan memberi kita banyak contoh kerjanya, mendedahkan rahsia taktiknya, lalu memastikan kita terus berjaga-jaga bila ditentangnya.PA 29.2

    Kuasa dan dendam Syaitan serta pengikutnya mudah sekali menakutkan kita sekiranya kita tidak menyedari bahawa kita boleh mendapatkan perlindungan dan keselamatan di dalam kuasa tertinggi Penebus kita. Kita menjamin keselamatan rumah kita dengan kunci bagi melindungi harta kita dan nyawa daripada orang-orang yang jahat, tetapi jarang berfikir bahawa apabila roh jahat menyerang kita, kita bertindak dengan kekuatan kita sendiri, yang sebenarnya adalah keadaan tanpa pertahanan. Sekiranya dibenarkan, ia boleh memutar-belitkan minda kita, menyeksa badan kita, membinasakan hak milik kita dan nyawa kita. Mereka hanya bergembira dalamkesengsaraandankemusnahan.Menakutkanlah keadaan mereka yang menentang pertolongan llahi lalu mengikuti Syaitan sehingga Tuhan mengalah menyerahkan mereka kepada Iblis. Tetapi mereka yang mengikuti Kristus selamat di bawah penjagaan-Nya. Para malaikat yang kuat dihantar untuk melindungi mereka. Orang-orang fasik tidak boleh melalui penjaga yang telah Tuhan pasangkan di sekeliling umat-Nya.PA 29.3

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents