Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    1—Kenapa Dosa Diizinkan?

    Permulaan dosa dan sebab kewujudannya adalah perkara yang membingungkan ramai orang. Mereka menyaksikan kejahatan, kesengsaraan, kemusnahan dan mempersoalkan bagaimana semua ini boleh wujud di bawah kedaulatan Tuhan yang bijaksana, berkuasa dan pengasih. Mereka ragu-ragu dan menggunakan ini sebagai alasan untuk menolak Kitab Suci. Tradisi dan penyampaian yang salah telah mengakibatkan keperibadian Tuhan, ciri-ciri kerajaan-Nya dan prinsip-prinsip-Nya seperti yang dikatakan dalam Kitab Suci, sukar ditahami.PA 1.1

    Adalah mustahil untuk menjelaskan asal-usul dosa sebagaimana memberi sebab kewujudannya. Namun, sumber yang mencukupi wujud untuk kita mengetahui asal dan ciri-ciri dosa demi menyatakan sepenuhnya keadilan dan kebaikan Tuhan. Kitab Suci jelas menunjukkan bahawa Tuhan bukan penyebab kepada wujudnya dosa; ia menjelaskan bahawa kasih kurnia Tuhan tidak dikurangkan kepada sesiapa, ia menunjukkan bahawa tidak wujud kekurangan dalam kerajaan llahi, yang menjadi punca kepada pemberontakan. Dosa adalah penceroboh, kewujudannya tidak boleh dijelaskan oleh sesiapapun. la adalah perkara yang penuh misteri dan perbuatan memberi alasan kepada kewujudannya sama seperti perbuatan mempertahankannya. Sekiranya alasan boleh didapati, ia akan berhenti menjadi dosa. Dosa adalah pertentangan hukum kasih, yang menjadi dasar kepada kerajaan llahi.PA 1.2

    Sebelum kewujudan dosa, kedamaian dan kegembiraan wujud di seluruh alam semesta. Kasih kepada Tuhan adalah yang terutama, kasih sayang antara satu sama lain tidak berbelah bagi. Kristus Anak Tunggal Tuhan yang satu dengan Bapa, kekal dari segi ciri-ciri, keperibadian dan matlamat — satu-satunya Makhluk yang boleh menghayati pemikiran dan matlamat Tuhan Bapa. “Kerana melalui Dia segala sesuatu diciptakan: yang wujud di bumi dan di syurga, yang kelihatan dan tidak kelihatan, baik semua roh yang berkuasa mahupun yang memerintah; segala-galanya telah dicipta melalui-Nya dan untuk-Nya.” Kolose 1:16.PA 2.1

    Hukum kasih menjadi dasar kepada kerajaan Tuhan, kebahagiaan semua makhluk ciptaan bergantung kepada kepatuhan mereka dengan prinsip-prinsip kebenaran. Tuhan tidak pernah memaksa ciptaan-Nya untuk setia kepada-Nya. Sebaliknya Dia telah memberi semua kebebasan agar boleh melayani-Nya dengan sukacita.PA 2.2

    Namun, tetap wujud individu yang memilih untuk memutarbelitkan kebebasan ini. Dosa dimulakan oleh dia yang berada di samping Yesus, yang dimuliakan luhan. Sebelum kejatuhannya, Luciter adalah penghulu malaikat, suci dan tak tercemar. “Beginilah tirman Tuhan Allah: Gambar dari kesempurnaan engkau, penuh hikmat dan maha indah. Engkau di taman Eden, iaitu taman Allah penuh segala batu permata berharga. Kuberikan tempatmu dekat kerub yang berjaga, di gunung suci Allah engkau berada dan berjalan-jalan di tengah batu-batu yang bercahaya-cahaya. Engkau tidak bercela di dalam tingkah lakumu sejak hari penciptaanmu sampai terdapat kecurangan padamu.” Yehezkiel 28:12-17.PA 2.3

    Luciter mungkin boleh terus kekal di samping Tuhan Bapa, dikasihi dan dihormati oleh semua malaikat, dan menggunakan kuasa mulianya untuk memberkati orang lain dan memuliakan Penciptanya. Namun, menurut nabi, “Hatimu menjadi sombong mengenangkan kecantikkanmu, engkau mengkorupsikan kecelikkanmu mengenangkan kecerahanmu, ” ayat 17. Sedikit demi sedikit, Lucifer mulai mengingini peningkatan darjat”. “Engkau telah berkata,. . . Aku akan meninggikan takhtaku di atas bintang-bintang Tuhan Allah: Aku akan duduk di gunung jemaah .... Aku akan menaiki mengatasi ketinggian awan-awan; aku akan menjadi seperti yang Maha Tinggi”, ayat 6; Yesaya 14. Daripada cuba meninggikan kasihnya dan makhluk lain kepada Tuhan Bapa, Luciter telah berusaha untuk mendapatkan perlayanan dan penghormatan mereka kepada dirinya sendiri. Dan kecemburuannya terhadap penghormatan yang telah Tuhan Bapa berikan kepada Anak-Nya, penghulu malaikat ini bercita-cita menggunakan kuasa itu iaitu prerogatit Kristus sendiri.PA 3.1

    Semua warga syurga bergembira mencerminkan kemuliaan Pencipta dan memuji-Nya. Dan ketika Tuhan terus dimuliakan, keamanan dan kesenangan terus kekal. Kini perbalahan mencemari keharmonian firdausi. Perlayanan dan kepentingan diri sendiri, prinsip yang bertentangan dengan rekaan Pencipta, membangkitkan kejahatan di dalam fikiran Lucifer terhadap kemuliaan Tuhan, yang sepatutnya diutamakan. Seluruh warga syurga merayu kepada Lucifer. Anak Tuhan menerangkan kepadanya kebaikan dan keadilan Pencipta dan kesucian hukum- hukum-Nya. Tuhan sendiri telah menetapkan hukum-hukum syurga; dan dengan melanggar hukum-hukum ini, Lucifer menghina Penciptanya. Tetapi amaran yang diberi dengan penuh rasa kasih dan rahmat yang tidak terhingga, hanya membangkitkan sifat penentangannya. Lucifer membiarkan perasaan cemburunya kepada Kristus menguasai dirinya.PA 3.2

    Kesombongan menggalakkan keinginan kepada kekuasaan. Penghormatan tertinggi yang diberikan kepada Luciter menyebabkan dia tidak menghargai Penciptanya. Luciter mahu menyamakan dirinya dengan Tuhan. Tetapi Anak Tuhan diperakui sebagai Pemerintah di syurga, satu dalam kuasa dan kekuatan dengan Tuhan Bapa. Di dalam semua rencana Tuhan, Kristus sentiasa menyertai-Nya, tetapi Lucifer tidak dibenarkan untuk menyertai mereka. “Kenapa,” soal malaikat itu, “Kristus mempunyai kelebihan itu? Kenapa Dia harus dimuliakan melebihinya?”PA 4.1

    Meninggalkan kedudukannya di hadirat Tuhan, Lucifer pergi menyebarkan perasaan tidak puas hatinya kepada para malaikat. Dengan rahsia misteri, menyembunyikan tujuan sebenarnya dengan penampilan yang menghormati Tuhan, Lucifer berusaha untuk membangkitkan ketidakpuasan terhadap hukum yang membatasi mahkluk syurga, dan mencadangkan supaya mereka tidak mematuhi sekatan yang tidak perlu. Memandangkan mereka adalah suci secara semulajadi, Lucifer mengatakan bahawa para malaikat perlu menuruti rasa hati dan kehendak mereka sendiri. Tuhan bertindak tidak adil kepadanya dengan mengurniakan kemuliaan yang tinggi kepada Kristus. Lucifer sebaliknya mendakwa mahu mencari kebebasan bagi seluruh penghuni syurga, supaya mereka boleh mendapat kedudukan yang lebih tinggi dan bukan untuk mencari kepentingan dirinya sendiri.PA 4.2

    Tuhan lama bersabar dengan Lucifer. Lucifer tidak terus diturunkan pangkat walaupun setelah dia mula menyebarkan dakwaan palsu kepada para malaikat. Berkali-kali dia ditawarkan pengampunan dengan syarat dia bertaubat dan menyesali perbuatannya. Usaha sebegitu diberikan dengan penuh rasa kasih, dilakukan untuk menyakinkan Lucifer mengenai kesalahannya. Perasaan tidak puas hati tidak pernah wujud di syurga. Pada mulanya Lucifer sendiri tidak memahami perasaannya. Apabila dia menyedari ketidakpuasannya tidak bermatlamat, Lucifer yakin bahawa tuntutan Ilahi adalah adil dan dia perlu mengakuinya di hadapan seluruh syurga. Sekiranya Lucifer melakukan ini, dia boleh menyelamatkan dirinya dan ramai malaikat lain. Pada ketika itu, Luciter belum sampai ke tahap dimana dia tidak lagi menghormati Tuhan Bapa. Walaupun ketika itu dia bukan lagi penghulu malaikat, namun sekiranya dia kembali kepada Tuhan dan berpuas hati dengan kedudukannya, dia akan mendapat kembali jawatannya. Tetapi keangkuhannya telah menghalangnya dari mengakui kesalahannya. Lucifer menyatakan bahawa dia tidak perlu bertaubat dan menjadi lebih komited dalam kontroversi besar menentang Penciptanya.PA 5.1

    Semua kekuatan mindanya kini digunakan untuk penipuan bagi mendapatkan simpati malaikat-malaikat lain. Malah rayuan Kristus untuk dia kembali juga dituduh sebagai salah satu faktor yang memaksa dia untuk bertindak. Kepada malaikat yang rapat dengan Syaitan, dia menyatakan bahawa dia disalah tuduh dan kebebasannya dihadkan. Dengan memutarbelitkan kata-kata Kristus, dia mendakwa bahawa AnakTuhan merancang untuk memalukannya di hadapan penghuni syurga. Semua malaikat yang tidak mahu menurutinya, dituduh sebagai tidak mengambil peduli tentang kepentingan makhluk syurga. Perkara yang dituduhnya sebagai kerja malaikat itu, sebenarnya adalah perkara yang dia sendiri lakukan. Dan untuk menyokong tuduhannya terhadap Tuhan, dia menyalahgambarkan kata-kata Tuhan. Dia terus berusaha mengelirukan para malaikat dengan hujah-hujah licik berkaitan dengan matlamat Tuhan. Perkara yang mudah diselubunginya dengan misteri dan dengan tuduhan palsu dia menimbulkan keraguan malaikat terhadap kenyataan jelas Tuhan. Kedudukannya yang tinggi telah memberi kekuatan kepada hujah-hujahnya. Ramai yang terpedaya untuk menyertainya dalam pemberontakan.PA 5.2

    Tuhan dalam kehikmatan-Nya membenarkan Syaitan untuk meneruskan tuduhannya sehingga jiwa yang tidak puas hati kini mula memberontak. Tuhan perlu membenarkan rancangan dia berkembang sepenuhnya supaya ciri-ciri sebenarnya boleh dilihat oleh semua. Lucifer sangat dikasihi oleh makhluk syurga dan mempunyai pengaruh yang kuat ke atas mereka. Kerajaan Tuhan bukan sahaja melibatkan penghuni syurga tetapi semua dunia yang telah diciptakannya dan Syaitan berpendapat bahawa sekiranya dia boleh membawa para malaikat menyertai pemberontakannya, dia juga boleh membawa dunia lain.Keupayaannyauntukmenggunakanpenipuandan tipu muslihat menambahkan lagi kuasa penipuannya. Malaikat yang paling setia juga tidak dapat melihat sepenuhnya keperibadiannya atau melihat arah tuju matlamatnya.PA 6.1

    Syaitan telah diberi penghormatan tertinggi dan semua tindakannya disembunyikan dengan misteri menyebabkan ciri-ciri sebenar perbuatannya sukar didedahkan kepada para malaikat. Begitulsh halnya dengan dosa. la tidak menunjukkan kejahatan sehingga ia telah berkembang sepenuhnya. Makhluk suci tidak dapat melihat akibat mengenepikan hukum ketuhanan. Pada mulanya Syaitan mendakwa berusaha untuk meninggikan kemuliaan Tuhan dan kebaikan seluruh penghuni syurga. Dalam proses menyemai rasa tidak puas hati di kalangan malaikat bawah naugannya, dia menggambarkan dirinya seperti ingin menghapuskan rasa tidak puas hati itu. Bila dia mendorong bahawa perubahan diperlukan dalam kerajaan Tuhan, ia dikatakan disyorkan sebagai sesuatu yang perlu demi keharmonian syurga.PA 6.2

    Dalam cara-Nya menghadapi dosa, Tuhan hanya menggunakan kesucian dan kebenaran. Syaitan boleh menggunakan apa yang Tuhan tidak gunakan iaitu tipu-helah dan penipuan. Dia juga menyalahgunakan kata-kata Tuhan dan menggambarkan rencana kerajaan Tuhan yang memerlukan penghuni syurga mematuhi hukum-hukum, sebagai cara Tuhan gunakan untuk memastikan Dia Sendiri diagungkan. Oleh itu, adalah penting untuk dunia memahami bahawa sebenarnya hukum-hukum Tuhan adalah adil dan mutlak. Syaitan berniat memperlihatkan dirinya sendiri sebagai mementingkan kebahagiaan alam semesta. Sifat dan objektif sebenarnya, harus difahami oleh semua dan dia harus diberi masa untuk menunjukkan semua perbuatan-perbuatannya yang jahat.PA 7.1

    Syaitan telah menuduh Tuhan sebagai punca perbalahan yang berlaku di syurga. Menurutnya semua kejahatan yang berlaku adalah akibat daripada pentadbiran Ilahi. Oleh itu dia mengambil langkah untuk memperbaiki martabat Tuhan. Ini dilakukanya dengan memaparkan kesan sekiranya pendapat dia dipatuhi. Perbuatannya sendiri akan menyabitkan kesalahannya. Dari mula lagi Syaitan mendakwa bahawa dia sebenarnya tidak memberontak. Seluruh alam semesta harus melihat rupa sebenar penipu itu.PA 7.2

    Apabila keputusan ditentukan bahawa dia tidak boleh lagi kekal di syurga, Tuhan tidak membinasakan Syaitan. Kesetiaan makhluk Tuhan mestilah berdasarkan kepada keyakinan terhadap keadilannya. Penghuni syurga dan dunia-dunia lain yang belum memahami akibat dosa, tidak akan dapat melihat keadilan dan belas kasihan Tuhan sekiranya Syaitan dimusnahkan. Sekiranya dia dihapuskan terus, mereka akan melayani Tuhan dalam ketakutan dan bukan kerana kasih. Pengaruh penipu itu tidak akan dibinasakan sepenuhnya dan jiwa pemberontakan juga tidak dibanteras sepenuhnya. Demi kebaikan alam semesta serta zaman yang akan datang, Syaitan harus dibenarkan memperkembangkan sepenuhnya prinsip-prinsipnya supaya dakwaannya terhadap kerajaan ketuhanan boleh dilihat dalam cahaya sebenar oleh semua makhluk yang diciptakan-Nya.PA 7.3

    Pemberontakan Syaitan menjadi pengajaran kepada seluruh alam semesta dan semua zaman akan datang mengenai bukti kekal dengan sifat dan keputusan dahsyat dosa. Pemerintahan Syaitan dan akibatnya kepada manusia dan malaikat, bakal menunjukkan apa yang berlaku apabila kuasa llahi diketepikan. la memberi kesaksian bahawa kewujudan kerajaan Tuhan dan undang-undang-Nya mampu menjamin kesejahteraan semua makhluk. Oleh itu, sejarah percubaan pemberontakan dahsyat ini boleh mengingatkan semua makhluk lain, memastikan mereka tidak tertipu tentang sitat sebenar dosa dan menyelamatkan mereka daripada berdosa lalu menderita akibat melanggar hukuman Tuhan.PA 8.1

    Sehingga ke penghujung kontroversi di syurga, penipu terhebat itu terus mempertahankan pendiriannya. Apabila diumumkan bahawa dia berserta semua malaikat yang bersependapat dengannya akan disingkirkan daripada syurga, pemimpin pemberontakan itu dengan beraninya menghina hukum Pencipta. Dia mengutuk hukum-hukum Pencipta sebagai satu sekatan kebebasan dan mengatakan matlamatnya adalah untuk memastikan penghapusan hukum. Bebas daripada sekatan ini, malaikat syurga boleh berada di kedudukan yang lebih tinggi.PA 8.2

    Dengan satu hati, Syaitan dan pengikutnya menuduh Kristus sebagai penyebab pemberontakan mereka; mereka mengatakan bahawa sekiranya mereka tidak ditegur, mereka tentu tidak akan memberontak. Degil dan ingkar, dengan hujahan bahawa mereka adalah mangsa tidak bersalah yang telah ditindas, pemimpin pemberontakan dan pengikutnya akhirnya dibuang dari syurga. Rujuk Wahyu 12:7-9.PA 9.1

    Sifat Syaitan yang sama mendorong pemberontakan di syurga masih mendorong pemberontakan di bumi. Kaedah sama yang digunakan di syurga terus digunakan di bumi. Sifatnya kini wujud dalam sifat keingkaran seseorang. Seperti Syaitan, mereka menjanjikan kebebasan manusia dengan melanggar hukum-hukum Tuhan. Apabila menyedari dosa mereka ditegur oleh utusan yang diutuskan oleh Tuhan, teguran tersebut menimbulkan penentangan di dalam hati mereka. Syaitan mendorong manusia untuk menagih simpati daripada orang lain apabila dosa-dosa mereka ditegur. Daripada memperbaiki kesalahan-kesalahan mereka, mereka memarahi individu yang menegur mereka, seolah-olah penegur itu adalah penyebab kesukaran mereka.PA 9.2

    Dengan menuduh keperibadian Tuhan seperti yang telah dilakukannya di syurga, Syaitan membawa manusia kepada dosa dengan alasan bahawa Tuhan adalah zalim dan kejam. Dia mengatakan bahawa sekatan Tuhan adalah tidak adil dan menyebabkan manusia berdosa, sebagaimana ia membawa kepada pemberontakan di syurga.PA 9.3

    Namun Dia yang abadi, sendiri menyatakan sitatnya, “Aku Tuhan, Allah yang penuh rahmat dan belas kasihan; Aku tidak cepat murka, dan Aku menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar. Aku menepati janji-Ku kepada beribu-ribu keturunan, serta mengampunkan kejahatan dan dosa, tetapi Aku tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman. Aku juga akan menghukum anak-anak dan cucu-cicit mereka, sampai kepada generasi yang ketiga dan yang keempat, kerana dosa ibu bapa mereka.” Keiuaran 34:6, 7.PA 9.4

    Dalam penyingkiran Syaitan dari syurga, Tuhan menyatakan keadilan dan kemuliaan-Nya. Tetapi apabila manusia berdosa, Tuhan membuktikan kasih-Nya dengan menyerahkan Anak-Nya untuk mati bagi bangsa yang berdosa. Dalam penebusan, dosa oleh Anak-Nya, keperibadian Tuhan didedahkan. Salib membuktikan bahawa dosa dan keputusan yang diambil oleh Luciter tidak boleh dipersalahkan kepada Tuhan.PA 10.1

    Semasa penginjilan Juruselamat di dunia, penipuan terbesar ini dibongkarkan. Tiada apa yang mungkin menghilangkan simpati malaikat di syurga kepada Lucifer melainkan melihat cara dia menindas Juruselamat dunia. Hujahan melampau serta tuntutan supaya Kristus memberi penghormatan kepadanya, kebencian tanpa henti yang memburu-Nya dari satu tempat ke tempat yang lain, mendorong hati para imam dan rakyat untuk menolak kasih-Nya dan berseru, “Salibkan Dia! Salibkan Dia!”-semua ini membangkitkan kehairanan dan kemarahan alam semesta.PA 10.2

    Syaitanlah yang mendorong manusia untuk menentang Kristus. Penguasa kejahatan menggunakan semua kekuatan dan kelicikannya untuk membinasakan Yesus kerana dia melihat bahawa kasih dan belas kasihannya memaparkan sitat Tuhan. Syaitan menggunakan manusia sebagai agennya untuk memenuhi kehidupan Juruselamat dengan penderitaan dan kesedihan. Penipuan yang dia gunakan untuk menghalang kerja Yesus, kebencian yang dipapar oleh individu yang ingkar, tuduhan palsu kepada Dia yang suci, semuanya kesan daripada dendam yang mendalam. Perasaan iri hati dan kebencian yang terpendam, permusuhan dan balas dendam, terpapar di Kalvari terhadap Anak Tuhan dan disaksikan oleh semua di syurga dalam kesepian.PA 10.3

    Setelah pengorbanan disempurnakan, Kristus naik ke syurga, Dia tidak menerima pujian dari malaikat sehingga Dia memberi permohonannya: “Ya Bapa, Aku ingin supaya mereka yang sudah Engkau serahkan kepada-Ku bersama-sama Aku di tempat Aku ada, supaya mereka boleh melihat kemuliaan yang Engkau berikan kepada-Ku, kerana Engkau mengasihi Aku sebelum dunia ini dijadikan.” Yohanes 17:24. Kemudian, dengan kasih dan kuasa yang tak terkata, Tuhan Bapa menjawab dari takhtanya: “Semua malaikat Allah wajib menyembah Anak itu.” Ibrani 1:6. Tidak terdapat satu pun cela dosa yang boleh dituduhkan kepada Yesus. Penghinaannya telah berakhir, pengorbanannya sempurna, dan Dia dikurniakan nama atas segala nama.PA 11.1

    Kini kesalahan Syaitan dikemukakan tanpa sebarang alasan. Dia telah mendedahkan keperibadian sebenar sebagai penipu dan pembunuh. Jelas kelihatan bahawa kuasa yang telah dia gunakan untuk mengarah manusia bawah naungannya, adalah kuasa sama yang dia gunakan untuk memerintah makhluk syurga sekiranya diberi peluang. Dia mendakwa bahawa melanggar hukum-hukum Tuhan akan memberi kebebasan dan kemuliaan tetapi jelas ia mengakibatkan pengabdian dan kesengsaraan.PA 11.2

    Dakwaan palsu Syaitan terhadap keperibadian Ilahi dan kera kerajaan-Nya kini diketahui. Dia telah menuduh Tuhan sebagai mengagungkan diri-Nya. Dia menuntut bahawa Tuhan mahukan pelayanan daripada makhluk-Nya, sedangkan dia sendiri tidak melakukan sebarang pengorbanan, berbanding dengan Pencipta. Kini jelaslah bahawa Pemerintah alam semesta telah melakukan pengorbanan terbesar yang boleh dilakukan demi kasih, kerana “Allah mendamaikan dunia dengan diri-Nya oleh Kristus.” 2 Korintus 5:19. Kini telah jelas bahawa Lucifer membuka pintu dosa kerana dia sendiri mahukan keagungan yang menjadi milik Kristus yang mana sanggup merendahkan diri-Nya dan akur kepada kematian demi menghapuskan dosa.PA 11.3

    Tuhan menunjukkan kejijikkannya terhadap prinsip memberontak. Seluruh syurga melihat keadilan Tuhan dalam tindakan-Nya mengeluarkan Lucifer dari syurga dan dalam tindakan-Nya menyelamatkan manusia. Lucifer mengatakan bahawa hukum-hukum llahi tidak boleh ditukar dan hukuman-Nya tidak boleh dibayar, lalu semua yang berdosa harus diketepikan dari kasih Tuhan. Dia mendakwa bahawa bangsa yang berdosa tidak boleh ditebus lalu menjadi tawanannya. Tetapi kematian Kristus di salib adalah hujah menyebelahi manusia. Hukuman melanggar hukum-hukum kini dibayar oleh Dia yang setaraf Tuhan dan manusia bebas menerima kesucian Kristus dan dengan sifat bertaubatan serta rendah diri, dia juga akan berjaya mengatasi kuasa Syaitan. Oleh itu, Tuhan yang benar juga Tuhan yang menyelamatkan semua yang percaya kepada-Nya.PA 12.1

    Kedatangan Kristus ke dunia bukan hanya untuk menyelamatkan manusia. Dia datang untuk mengagungkan hukum-hukum llahi dan menunjukkan maksud sebenar di sebalik hukum-hukum tersebut. Selain itu kedatangan-Nya sekaligus menunjukkan keutuhan hukum-hukum llahi yang tidak boleh ditukar. Sekiranya hukum-hukum llahi boleh diketepikan, maka Kristus tidak perlu mati demi manusia. Kematian Yesus membuktikan bahawa hukum-hukum ini tidak boleh diubah. la juga menunjukkan kasih mendalam Tuhan Bapa dan Yesus Kristus demi menyelamatkan umat manusia dan seluruh alam semesta -sesuatu yang tidak mungkin ditunjukkan melalui apa-apa tindakan lain-bahawa kebenaran dan belas kasihan adalah asas hukum dan kerajaan Tuhan.PA 12.2

    Dalam penghakiman terakhir, akan jelas kelihatan bahawa tiada sebab dosa harus wujud. Apabila Hakim dunia menyoal Syaitan, “Kenapa engkau memberontak terhadap Aku?” Pengasas kejahatan tidak boleh memberikan sebarang alasan.PA 13.1

    Di salib Kalvari bukan sahaja keutuhan hukum-hukum diistiharkan tetapi alam semesta juga melihat bahawa dosa adalah kematian. Dalam seruan perit Juruselamat, “Sudah selesai,” hukuman mati Syaitan diumumkan. Kontroversi hebat yang telah berlarutan kini ditentukan, penghapusan akhir kejahatan telah pasti. Anak Tuhan melalui gerbang kematian “supaya dengan kematian-Nya Dia dapat memusnahkan Iblis yang menguasai kematian.” Ibrani 2:14.PA 13.2

    Kemahuan Lucifer untuk keagungan membawa dia untuk menyatakan “Aku akan menempatkan takhtaku di atas bintang-bintang yang tertinggi: ... Aku akan menjadi seperti Yang Maha Kuasa.” Tuhan berkata: “Aku membakar kotamu sampai musnah. Engkau lenyap selama-lamanya.” Yesaya 14:13,14; Yehezkiel 28:18,19. Apabila “hari itu datang, menyala seperti perapian;... semua orang gelabah, dan setiap orang yang berbuat fasik menjadi seperti jerami dan akan terbakar oleh hari yang datang itu, firman Tuhan semesta alam, sampai tidak ditinggalkannya akar dan cabang mereka.” Maleakhi 4:1.PA 13.3

    Seluruh alam semesta kini menjadi saksi kepada sitat dan akibat dosa. Dan dalam pemusnahannya, yang sekiranya dilakukan pada bahagian awal kewujudan dunia akan menimbulkan perasaan takut kepada malaikat-malaikat dan memalukan Tuhan, kini akan memuliakan kasih-Nya dan mengutuhkan martabat-Nya di hadapan seluruh dunia yang dipenuhi dengan individu yang mencintai kehendak-Nya dan hatinya dipenuhi oleh rasa kasih terhadap hukum-hukum llahi. Kejahatan tidak ada lagi. Menurut firman Tuhan: “Dia tidak perlu membalas dendam-Nya sampai dua kali terhadap musuh-Nya.” Nahum 1:9. Hukum Tuhan akan dimuliakan sebagai hukum kebebasan. Ciptaan yang diuji dan berjaya tidak akan lagi menyimpang daripada kesetiaan terhadap Dia yang keperibadian-Nya telah ditunjukkan sebagai penuh kasih dan penuh kehikmatan.PA 13.4

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents