Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    11—Masa Kesukaran

    “Pada masa itu, malaikat besar, iaitu Mikhael pelindung bangsamu akan muncul. Ketika itu akan ada kesusahan yang paling berat sejak bangsa-bangsa wujud. Pada masa itu, semua orang daripada bangsamu yang namanya tertulis di dalam kitab Allah akan diselamatkan.” Daniel 12:1.PA 149.1

    Apabila utusan malaikat ketiga berakhir, belas kasihan tidak lagi merayu untuk penghuni bumi yang berdosa. Umat Tuhan telah menyelesaikan kerja mereka. Mereka telah menerima “hujan akhir” dan bersedia bagi masa kesukaran yang bakal ditempuhi. Malaikat bergegas pergi dan balik ke syurga. Malaikat yang kembali dari bumi mengumumkan bahawa kerjanya telah selesai; ujian terakhir telah melanda dunia dan semua orang yang terbukti setia kepada ajaran-ajaran llahi telah menerima “meterai Tuhan yang hidup.” Kemudian Yesus menghentikan perantaraan-Nya di tempat suci di syurga dan dengan suara yang nyaring berseru, “sudah selesai.” “Orang yang jahat akan terus berbuat jahat; orang yang mencemarkan diri akan terus mencemarkan diri; orang yang melakukan kehendak Allah mesti terus melakukannya, dan orang yang mengabdikan diri kepada Allah mesti terus mengabdikan diri.” Wahyu 22:11. Setiap kes telah ditentukan pengakhirannya sama ada menuju kehidupan atau kematian. Kristus telah melakukan penebusan bagi umat-Nya dan menghapuskan dosa-dosa mereka. Bilangan pengikut-Nya telah ditentukan; “pemerintahan, kekuasaan dan kebesaran dari kerajaan-kerajaan di bawah semesta langit” akan diberikan kepada pewaris terselamat, dan Yesus akan memerintah sebagai Raja atas segala raja dan Tuan atas segala tuan.PA 149.2

    Apabila Dia meninggalkan tempat suci, kegelapan menyelubungi penduduk bumi. Dalam masa itu, orang-orang baik perlu hidup di hadapan Tuhan yang suci tanpa pengantara. Sekatan terhadap orang-orang fasik dilepaskan dan Syaitan mempunyai pengawalan sepenuhnya terhadap orang-orang yang tidak bertaubat. Kesabaran Tuhan telah berakhir; dunia telah menolak belas kasihan-Nya, mengeji kasih-Nya dan memijak-mijak hukum-Nya, Orang-orang keji telah melampaui batasan tempoh percubaan mereka, Roh Tuhan yang telah selalunya ditolak akhirnya ditarik balik. Tanpa perlindungan llahi, kini mereka tiada penghalang dari kuasa jahat. Syaitan kemudian akan membawa penduduk bumi ke dalam satu kesukaran terakhir yang besar. Para malaikat Tuhan melepaskan penahanan badai keghairahan manusia, lalu membebaskan semua unsur kejahatan. Seluruh dunia akan terlibat di dalam kemusnahan yang lebih teruk daripada yang melanda Yerusalem lama.PA 150.1

    Satu malaikat telah membunuh semua anak sulung orang Mesir menyebabkan seluruh tanah air berkabung. Bila Raja Daud menimbulkan kemarahan Tuhan dalam menjalankan banci, satu malaikat menyebabkan kemusnahan demi menebus dosanya. Kuasa pemusnahan sama yang digunakan oleh malaikat suci Tuhan atas perintah-Nya akan digunakan oleh malaikat jahat jika dibenarkan-Nya. Kini terdapat kuasa yang sudah bersedia, dan sekarang hanya menunggu kebenaran llahi, untuk membinasakan semua tempat.PA 151.1

    Mereka yang memuliakan hukum Tuhan akan dituduh sebagai menyebabkan malapetaka semulajadi dahsyat dan huru-hara serta pertumpahan darah yang memenuhi dunia dengan kesengsaraan. Kuasa yang menyertai amaran terakhir membuatkan orang-orang tasik marah dan kemarahan mereka dibangkitkan kepada semua yang telah menerima mesej llahi, dan Syaitan akan membangkitkan kebencian dan penganiayaan terhadap semua orang yang telah menerima mesej itu.PA 151.2

    Apabila kehadiran Tuhan akhirnya meninggalkan bangsa Yahudi, para imam dan rakyat masih menganggap diri mereka sebagai bangsa pilihan Tuhan. Walaupun di bawah kawalan kuasa Syaitan, dan dipengaruhi oleh keghairahan yang membinasakan, mereka masih menganggap diri mereka sebagai bangsa terpilih Tuhan. Pelayanan di dalam bait suci diteruskan; korban diteruskan atas mezbah tercemar, dan setiap hari berkat llahi masih dirayu oleh bangsa yang bertanggungjawab menumpahkan darah Anak Tuhan dan berusaha membunuh imam dan rasul-Nya. Sepertimana apabila keputusan yang tidak boleh ditarik balik terhadap tempat suci diumumkan dan takdir dunia telah ditetapkan selama-lamanya, penduduk dunia juga tidak akan menyedarinya. Aktiviti keagamaan akan diteruskan oleh orang ramai yang mana Roh Tuhan telah ditarik balik; dan semangat kesyaitanan hasil ilham iblis akan mendorong mereka memenuhi rancangan jahat, akan diperlihatkan seolah-olah seperti semangat demi perjuangan Tuhan.PA 151.3

    Sepertimana Hari Sabat telah menjadi isu utama kontroversi seluruh umat Kristian, dan kuasa agama dan kerajaan telah bersatu menguat kuasakan penyucian hari Ahad, keengganan berterusan kumpulan kecil untuk akur kepada permintaan popular akan menjadikan mereka sebagai tumpuan kebencian sedunia. la akan ditegaskan bahawa kumpulan kecil ini yang menentang gereja dan kerajaan tidak harus diberi kelonggaran, dan adalah lebih baik sekiranya mereka dikorbankan menderita berbanding seluruh bangsa-bangsa terjerumus ke dalam kekeliruan dan kehidupan tanpa sebarang kawalan. Hujah yang sama dikemukakan kira-kira 1,800 tahun dahulu bilamana Kristus dibawa oleh ketua imam. “Lebih berguna bagimu,” menurut Kayatas, “jika satu orang mati untuk bangsa kita daripada seluruh bangsa kita ini binasa,” Yohanes 11:50. Hujah ini kelihatan kukuh; dan perintah ini akhirnya akan dikeluarkan menentang mereka yang menyucikan hari Sabat dalam hukum keempat, mengecam mereka sebagai harus dihukum dengan teruk dan memberi kebebasan kepada orang ramai selepas masa tertentu untuk menghukum mati mereka. Romanisme di Dunia Lama dan Protestanisme murtad di Dunia Baru akan bertindak serupa.PA 152.1

    UmatTuhan akan terjerumus ke dalam kekecewaan yang digambarkan nabi sebagai “waktu kesusahan bagi Yakub.” “Tuhan berfirman: Aku telah mendengar jeritan orang yang gentar, jeritan orang yang ketakutan, yang tidak mempunyai ketenteraman... setiap lelaki berwajah pucat pasi. Hari yang dahsyat akan tiba, hari yang tiada bandingnya. Bagi umat-Ku, itulah hari yang mencemaskan mereka, tetapi mereka akan diselamatkan.” Yeremia 30:5-7.PA 152.2

    Malam kesengsaraan Yakub, apabila dia mendoakan agar diselamatkan dari Esau (Kejadian 32:24-30) menggambarkan pengalaman umat Tuhan pada masa kesukaran. Disebabkan oleh penipuan yang dilakukan Yakub terhadap Esau demi mendapatkan berkat bapanya yang ditujukan khas bagi Esau, Yakub melarikan diri, takut dengan ugutan bunuh abangnya. Selepas beberapa lama melarikan diri, dia, atas perintah Tuhan, mengambil keputusan untuk kembali ke tempat asalnya bersama isteri dan anak-anaknya, serta seluruh kawanan kambing dan harta lainnya. Ketika sampai di sempadan, dia merasa amat takut setelah mendengar khabar Esau sedang menghampirinya bersama himpunan pahlawan, pastinya berniat membalas dendam. Kumpulan Yakub pula tidak bersenjata dan tanpa apa-apa bentuk mempertahankan diri, pasti akan dibunuh. Dan menambah kepada perasaan risau dan takut adalah rasa bersalah Yakub sendiri, kerana dosa dia sendinlah yang membawa bahaya ini. Satu-satunya harapan Yakub adalah belas kasihan Tuhan; satu-satunya perlindungannya adalah doa. Namun dia tidak meninggalkan apa-apa persediaan yang dia sendiri upaya lakukan untuk menenangkan kemarahan abangnya. Begitu juga seharusnya pengikut Tuhan, apabila mendekati masa kesusahan, mereka harus melakukan segala yang mungkin untuk menghilangkan rasa syak wasangka, dan menjauhi perkara yang mungkin mengancam kebebasan beragama.PA 153.1

    Setelah menghantarkeluarganyajauh kehadapan kerana tidak ingin mereka melihat kerisauannya, Yakub bersendirian berdoa kepada Tuhan. Dia mengakui dosanya dan berterima kasih menghargai belas kasihan Tuhan kepadanya dan dengan penuh kerendahan hati dia merayu perjanjian yang telah dibuat kepada moyangnya serta kepada dia sendiri semasa mimpi di Bethel dan semasa dia di negara kurungannya. Krisis dalam hidupnya telah tiba. Semua kini digadaikan. Di dalam kegelapan dia terus berdoa dan menyembah Tuhan. Tiba-tiba satu tangan menyentuh bahunya. Dia menyangka musuh ingin membunuhnya. Dengan seluruh tenaga dia bergelut dengan orang itu. Ketika matahari mula menjelma, orang asing itu menggunakan kuasanya yang luar biasa; pada sentuhan-Nya, Yakub kaku dan jatuh, tidak bermaya, menangis sambil memegang lawan misterinya itu. Yakub kini sedar bahawa lawannya adalah Malaikat perjanjian. Walaupun masih dalam kesakitan, dia tidak melepaskan matlamatnya. Sudah lama dia menanggung akibat dosanya, menyesali dosanya; kini dia mesti mendapatkan jaminan bahawa dia telah diampuni. Pelawat llahi itu seperti mahu pergi tetapi Yakub enggan melepaskan-Nya, merayu diberkati. Malaikat berkata, “Biarkan Aku pergi, kerana fajar telah menyinsing,” tetapi Yakub berkata, “Aku tidak akan membiarkan Engkau pergi, jika Engkau tidak memberkati aku.” Betapa yakin, betapa teguh dan betapa tekun ternampak di sini. Sekiranya ini adalah pernyataan yang angkuh, atau meninggikan diri, Yakub pasti dimusnahkan, tetapi ini adalah keyakinan individu yang telah mengakui kesalahannya dan mempercayai belas kasihan Tuhan yang setia kepada penjanjian.PA 153.2

    “Yakub bergelut dengan malaikat dan menang.” Hosea 12:5. Melalui pertaubatan dan penyerahan diri, manusia berdosa ini bertahan dengan Raja Syurga. Dia telah mencengkam perjanjian Tuhan Sendiri dan hati Pengasih Abadi tidak sanggup melupakan rayuan orang berdosa. Sebagai bukti kejayaanya dan sebagai dorongan kepada individu lain untuk meneladaninya, namanya ditukar daripada nama yang mengingatkannya kepada dosanya, kepada nama yang melambangkan kemenangannya. Fakta bahawa Yakub berjaya memujuk Tuhan adalah bukti bahawa dia akan mengatasi manusia. Dia tidak lagi menakuti kemarahan Yakub, kerana Tuhan adalah pelindungnya.PA 154.1

    Syaitan telah menuduh Yakub di hadapan malaikat Tuhan, menyatakan dia berhak memusnahkan Yakub kerana dia telah berdosa; dia telah mendorong Esau memburu Yakub dan semasa pergelutan Yakub sepanjang malam, Syaitan berusaha untuk menambahkan rasa bersalah Yakub supaya dia putus asa lalu melepaskan pegangannya kepada Tuhan. Dia hampir-hampir putus asa; tetapi dia sedar bahawa tanpa bantuan llahi dia pasti terkorban. Dengan ikhlas, dia bertaubat daripada dosanya dan dia memohon belas kasihan Tuhan. Dia enggan dialihkan dari tumpuannya, tetapi dia memegang Malaikat itu dan merayu dengan bersungguh-sungguh sehinggalah dia berjaya.PA 155.1

    Sebagaimana Syaitan mendorong Esau untuk menentang Yakub, begitu juga dia akan mendorong orang jahat untuk menentang orang Tuhan dalam masa kesusahan. Sepertimana dia mendakwa Yakub, dia juga akan mengemukakan dakwaannya terhadap umat Tuhan. Dia menganggap mereka sebagai pengikutnya; tetapi sekumpulan kecil yang menurut hukum Tuhan akan melawan kekuasaannya. Sekiranya dia mampu menghapuskan mereka dari muka dunia, kejayaannya akan lengkap. Dia mengetahui malaikat Tuhan menjaga mereka, dia menyimpulkan kemungkinan dosa-dosa mereka telah diampunkan; tetapi dia tidak mengetahui bahawa Syurga telah menentukan penghakiman mereka. Dia mengetahui cubaan yang telah dia lemparkan agar mereka berdosa dan memperbesarkan cubaan mereka kepada Tuhan lalu mengatakan bahawa mereka, seperti juga dia, tidak boleh diampuni. Dia menyatakan bahawa Tuhan tidak boleh mengampuni mereka dan kemudiannya membinasakan dia serta pengikutnya. Dia menuntut bahawa mereka harus diserahkan kepadanya untuk dibinasakan.PA 155.2

    Semasa Syaitan menuduh orang-orang Tuhan kerana dosa mereka, Tuhan membenarkan dia mencuba mereka sepenuhnya. Keyakinan mereka pada Tuhan, keimanan mereka, tekad mereka akan teruk dicubai. Ketika mereka melihat masa lalu, harapan mereka tenggelam, kerana seumur hidup mereka, mereka hanya melihat sedikit kebaikan. Mereka sedar kejahatan dan kezaliman hidup mereka. Syaitan berusaha untuk menakutkan mereka agar memikirkan bahawa keadaan mereka tiada harapan, bahawa dosa mereka tidak akan diampuni. Dia berharap untuk membinasakan keimanan mereka supaya mereka akan tunduk kepada pencubaan-pencubaannya dan menyimpang daripada kesetiaan mereka kepada Tuhan.PA 156.1

    Walaupun umat Tuhan akan dikelilingi orang jahat yang bermatlamat untuk memusnahkan mereka, namun keazaban yang dideritai oleh umat Tuhan bukanlah ketakutan terhadap penganiayaan; mereka takutkan kewujudan dosa dalam diri mereka yang belum diampuni lalu mereka gagal menggenapan janji Juruselamat: Aku “akan melindungi engkau dari hari pencubaan yang akan datang atas seluruh dunia.” Wahyu 3:10. Jika mereka merasai pengampunan ini mereka tidak akan takut diseksa atau mati; tetapi jika mereka terbukti tidak layak kerana kecacatan keperibadian mereka sendiri, mereka takut nama suci Tuhan akan dicaci.PA 156.2

    Mereka dikelilihgi pakatan dendam dan menyaksikan sendiri tindakan pemberontakan; wujud dalam hati mereka keinginan mendalam, hasrat jiwa mereka agar kemurtadan ini akan berakhir dan kezaliman manusia akan berakhir. Tetapi pada masa mereka merayu kepada Tuhan agar kezaliman ini berakhir, mereka sendiri merasai kesalahan diri mereka sendiri lalu menyedari mereka sendiri tidak mampu melawan dan menahan kezaliman kuasa kejahatan. Mereka merasai bahawa sekiranya mereka telah berkhidmat sepenuhnya untuk Tuhan, dalam kuasanya mara ke depan, kuasa Syaitan melawan mereka pastinya tidak sekuat sekarang.PA 156.3

    Mereka dengan dukacitanya berdoa kepada Tuhan mengingatkan-Nya kepada pertaubatan atas dosa-dosa lalu dan merayu meminta janji Juruselamat: “Tetapijika musuh umat-Ku menghendaki perlindungan-Ku, biarlah mereka berdamai dengan Aku. Ya, biarlah mereka berdamai dengan Aku.” Yesaya 27:5. Iman mereka tidak gagal kerana doa mereka tidak dijawab segera. Walaupun menderita kerisauan dan tekanan, mereka tidak menghentikan doa perantaraan mereka. Mereka berpegang teguh kepada janji Tuhan seperti Yakub berpegang teguh kepada Malaikat; dan bahasa jiwa mereka adalah “Aku tidak akan membiarkan Engkau pergi, jika Engkau tidak memberkati aku.”PA 157.1

    Sekiranya Yakub belum lagi bertaubat kerana dosanya mendapat hak kelahiran melalui tipu muslihat, Tuhan tidak mungkin mendengar doanya dan menyelamatkannya. Begitu juga pada masa kesukaran, jika umat Tuhan mempunyai dosa yang tidak diakui dan ia diingatkan kembali semasa mereka menderita ketakutan dan keazaban, mereka pasti diselubungi kekecewaan; Putus asa akan menghalang keimanan mereka dan mereka tidak terdaya beriman merayu kepada Tuhan untuk memohon keselamatan. Tetapi pada masa mereka merasai ketidak-layakkan diri mereka sendiri, mereka tidak mempunyai kesalahan tersembunyi untuk didedahkan. Dosa-dosa mereka terlebih dahulu telah diadili dan telah dihapuskan, dan mereka tidak boleh mengingatinya lagi.PA 157.2

    Syaitan membenarkan ramai mempercayai bahawa Tuhan akan membiarkan kelalaian kecil dalam hidup mereka; tetapi Tuhan telah menunjukkan. dalam cara-Nya berhadapan dengan Yakub bahawa Dia tidak akan membenar atau menerima sebarang kejahatan. Semua orang yang membenarkan atau menyembunyikan dosa-dosa mereka lalu membiarkan ia terus kekal tanpa diakui dan diampuni dalam buku peringatan akan dikuasai oleh Syaitan. Semakin tinggi kedudukan mereka dan semakin mendalam perakuan kepercayaan mereka, semakin keji kedudukan mereka dalam pandangan Tuhan lalu semakin pasti kejayaan musuh mereka. Mereka yang menangguhkan persediaan mereka tidak boleh memperolehinya pada masa kesukaran, atau pada masa akan datang. Keadaan setiap orang yang sebegitu adalah tanpa harapan.PA 157.3

    Orang bernama Kristian, yang tidak bersedia dalam pertempuran terakhir, akan akhirnya mengakui dosa mereka dengan kata-kata kesengsaraan membara, sementara orang zalim bersuka melihat kesengsaraan mereka. Perakuan seperti ini adalah seperti perakuan Esau atau Judas. Mereka yang membuat perakuan sebegini takut akan akibat dosa tetapi bukan dosa itu sendiri. Mereka mengakui dosa mereka dan takut akan akibatnya; tetapi seperti juga Firaun, mereka akan menderhakai llahi sekiranya penghakiman dihentikan.PA 158.1

    Sejarah Yakub juga adalah jaminan bahawa Tuhan tidak akan meninggalkan mereka yang telah dikhianati dan dicuba ke dalam dosa, tetapi telah kembali kepada-Nya dengan pertaubatan sebenarnya. Walaupun Syaitan ingin memusnahkan kumpulan ini, Tuhan akan mengutuskan malaikat-malaikat-Nya untuk menghiburkan dan melindungi mereka daripada bahaya. Tubian Syaitan adalah garang dan berfekad, tipuannya dahsyat; tetapi pandangan Tuhan tertumpu kepada umat-Nya dan Dia mendengar jeritan hati mereka. Penderitaan mereka amat dan perapian bernyala kelihatan seperti hampir membakar mereka, tetapi Pemurni akan mengeluarkan mereka bagaikan emas yang telah dimurnikan melalui api. Kasih Tuhan kepada anak-Nya melalui jangka masa itu adalah sedalam dan selembut seperti juga masa kebahagiaan mereka; tetapi mereka harus melalui perapian ini agar sitat duniawi mereka dihapuskan, agar keperibadian Kristus digambarkan sepenuhnya.PA 158.2

    Masa kesusahan dan keazaban di hadapan kita akan memerlukan keimanan yang mampu bertahan keletihan, penangguhan dan kelaparan, keimanan yang tidak pudar walaupun dicubai keras. Masa percubaan sekarang diberi kepada semua untuk bersedia melalui masa itu. Yakub berjaya kerana dia tidak putus asa dan bertekad. Kemenangan Yakub adalah bukti kuasa doa yang berterusan. Semua orang yang berpegang teguh kepada janji Tuhan, seperti dia, semua yang ikhlas dan bertekad seperti dia, akan berjaya seperti mana dia telah berjaya. Mereka yang tidak ingin melupakan diri, merayu kepada Tuhan, berdoa lama dan tekun untuk berkat-Nya, tidak akan mendapatkannya. Bergelut dengan Tuhan — hanya sedikit mengetahui ertinya! Betapa kurangnya bilangan orang yang mengetahui perasaan jiwa mereka benar-benar memerlukan Tuhan sehingga setiap kemahuan jiwa direnggangkan ke takat paling tinggi. Betapa kurangnya bilangan orang yang mampu berpegang kepada janji-janji Tuhan apabila ombak kesedihan melanda sehingga ke takat menyebabkan mereka hampir putus asa.PA 159.1

    Mereka yang mengamalkan sedikit keimanan sekarang berada di dalam keadaan bahaya jatuh di bawah kuasa penipuan iblis yang berupaya memperdayakan suara hati sendiri. Dan walaupun mereka dapat melalui ujian tersebut, mereka akan hanyut ke dalam tekanan yang mendalam pada masa kesukaran, kerana mereka tidak pernah menjadikan ia satu kebiasaan untuk mempercayai Tuhan. Pelajaran keimanan yang mereka telah abaikan, kini mereka terpaksa pelajari bawah keperitan yang melemahkan jiwa.PA 159.2

    Sekaranglah masanya kita boleh membuktikan janji-janji-Nya. Malaikat mencatatkan setiap doa yang benar dan ikhlas. Adalah lebih baik sekiranya kita tidak memperdulikan kemahuan sendiri daripada melalaikan masa dengan Tuhan. Kemiskinan yang mendalam, kekurangan yang amat, dengan kelulusan-Nya adalah jauh lebih baik dari kekayaan, penghargaan, kesenangan dan kawan-kawan tanpa-Nya.PA 160.1

    Pemuda-pemudi tidak akan berdosa sekiranya mereka enggan mengikuti pilihan jalan tanpa menerima berkat Tuhan. Jika pengutus yang membawa utusan penting yang terakhir ini berdoa untuk berkat Tuhan, bukan dengan perasaan tidak endah, tidak bermaya dan dengan kemalasan, tetapi dengan api iman membara, seperti juga Yakub, mereka pasti banyak kali menyatakan, “Aku sudah bertemu muka dengan Allah dan aku masih hidup.” Kejadian 32:30. Mereka akan diambil kira oleh syurga sebagai putera, berkuasa untuk bertahan dengan Tuhan dan manusia.PA 160.2

    Masa kesukaran seperti yang tidak pernah kita alami, hampir mendekati kita: dan kita sekarang memerlukan pengalaman yang ramai terlalu leka untuk lalui. Biasanya, kita menjangka bahawa kesusahan yang bakal kita hadapi adalah lebih besar daripada realiti, tetapi ini tidak benar dengan krisis yang akan kita hadapi. Penerangan yang paling jelas tentang apa yang akan berlaku tidak mungkin boleh menggambarkan kesusahan sebenar yang bakal kita hadapi. Pada masa pencubaan itu, setiap jiwa mesti berdiri demi diri mereka sendiri di hadapan Tuhan. “Demi Aku, Tuhan Raja, Allah yang hidup, sekalipun Nuh, Daniel, dan Ayub tinggal di situ, mereka tidak akan dapat menyelamatkan anak mereka sendiri. Kebaikan mereka hanya dapat menyelamatkan diri mereka sendiri.” Yezekiel 14:20.PA 160.3

    Kini, sementara Imam Besar kita sedang menebuskan dosa bagi kita, kita harus berusaha mencapai kesempurnaan dalam Kristus. Juruselamat tidak tunduk kepada pencubaan walaupun dari segi pemikiran-Nya. Syaitan mencari dalam hati manusia perkara yang memberi dia peluang; keinginan berdosa yang dibiarkan, akan digunakannya untuk mencubai manusia. Tetapi Kristus berkata mengenai diri-Nya: “Sudah tiba masanya penguasa dunia ini datang. Dia tidak berkuasa atas diri-Ku.” Yohanes 14:30. Syaitan tidak menemui apa-apa dalam Anak Tuhan yang membolehkan dia memperolehi kemenangan kerana tidak ada dosa pada-Nya yang boleh Syaitan gunakan sebagai kelebihan. Ini adalah keadaan yang harus bagi mereka yang ingin berdiri pada masa kesukaran.PA 161.1

    Di dalam kehidupan inilah kita perlu memisahkan diri daripada dosa, melalui keimanan dalam darah penebusan Kristus. Juruselamat kita menjemput kita untuk bersatu dengan-Nya, untuk menyatukan kelemahan kita dengan kekuatan-Nya, ketidak-layakkan kita dengan kebaikkan-Nya. Jalan takdir Tuhan adalah sekolah yang mengajar kita tentang kepatuhan dan kerendahan diri Kristus. Tuhan sentiasa menyediakan untuk kita, bukan jalan pilihan kita, jalan yang lebih mudah dan senang, tetapi jalan sebenar tujuan hidup ini. Terpulanglah bagi kita untuk bekerjasama dengan malaikat syurga dalam usaha mereka untuk membentuk keperibadian kita menurut cara llahi. Tiada sesiapa yang boleh lalai atau menunda usaha ini tanpa membinasakan jiwa mereka sendiri.PA 161.2

    Rasul Yohanes dalam wawasannya mendengar suara nyaring menyatakan: “Malanglah bumi dan laut, kerana Iblis telah turun kepadamu. Dia sangat marah, kerana tahu bahawa masanya tinggal sedikit.” Wahyu 12:12. Kezaliman Syaitan untuk memperdaya dan membinasakan manusia semakin ditingkatkan menjelang kemuncak masa kesukaran.PA 161.3

    Pemandangan menakutkan yang luar biasa akan kelihatan di langit, menandakan kekuasaan mukjizat iblis. Roh-roh jahat akan pergi kepada “raja-raja di dunia” dan ke seluruh dunia, untuk memperdayakan mereka untuk bersatu dengan kerajaan Syaitan dalam perjuangan terakhirnya menentang kerajaan syurga. Melalui agensi inilah, pemerintah dan pengikut akan tertipu. Individu akan bangkit menyamar sebagai Kristus sendiri. Mereka akan melakukan mukjizat penyembuhan dan mengakui diri sebagai mempunyai wahyu dari syurga yang bercanggah dengan Kitab Suci.PA 162.1

    Sebagai kemuncak dalam tipuan ini, Syaitan sendiri akan menyamar sebagai Kristus. Gereja telah lama menunggu kedatangan Juruselamat sebagai penyempurnaan harapan mereka. Kini penipu besar akan mewujudkan keadaan seolah-olah Kristus telah datang. Di bahagian tertentu dunia Syaitan akan menjelmakan dirinya sebagai makhluk mempersona dan luar biasa, yang menyerupai Anak Tuhan seperti yang dinyatakan Yakubus dalam buku Wahyu. Wahyu 1:13-15. Kemuliaan luar biasa yang mengelilinginya belum pernah dilihat oleh mata manusia. Jeritan kemenangan akan kedengaran, “Kristus telah datang!” Orang ramai akan sujud menyembahnya apabila dia mengangkatkan tangannya dan memberkati mereka, seperti juga pada masa Kristus memberkati pengikut-Nya semasa di dunia. Suaranya lembut dan lemah, tetapi penuh dengan melodi. Dengan nada yang lemah-lembut dia mempersembahkan kebenaran syurga yang pernah diucapkan Juruselamat; dia menyembuhkan penyakit, dan selepas itu, menggunakan keperibadian Kristus, mendakwa telah mengubah hari Sabat kepada hari Ahad dan mengarahkan semua untuk menyucikan hari ketujuh sebagai hari yang telah diberkatinya. Dia menyatakan bahawa sesiapa yang terus menyucikan hari ketujuh sedang menghujat namanya kerana ingkar mendengar utusan cahaya kebenaran yang dihantar oleh malaikat. Ini adalah penipuan kuat dan hampir menguasai sepenuhnya. Seperti orang Samaria yang telah diperdayakan oleh Simon Magus, ramai orang, dari yang berpangkat paling rendah hingga ke pangkat tertinggi akan mendengar helah ini dan berkata, Inilah “kuasa Allah yang terkenal.” Kisah Para Rasul 8:10.PA 162.2

    Tetapi umat Tuhan tidak akan sesat. Ajaran-ajaran kristus palsu ini tidak menurut kandungan Kitab Suci. Berkatnya diberikan kepada penyembah-penyembah binatang dan imejnya, golongan yang dikatakan dalam Kitab Suci sebagai akan menerima kemurkaan Tuhan yang sepenuhnya.PA 163.1

    Tambahan itu, Syaitan tidak dibenarkan untuk memalsukan cara keda-tangan Kristus. Juruselamat telah memberi amaran kepada umat-Nya mengenai penipuan ini dan dengan jelasnya menyatakan cara kedatangan-Nya. “Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan melakukan mukjizat dan keajaiban untuk menipu orang, bahkan umat pilihan Allah pun tertipu lika orang berkata kepada kamu, “Lihat, dia di padang gurun!” janganlah percaya. Atau jika mereka berkata, “Lihat, dia di dalam bililk!” janganlah percaya. Sesungguhnya Anak Manusia akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur sampai ke barat.” Matius 24:24-27. Rujuk juga Matius 25:31; Wahyu 1:7; 1 Tesalonika 4:16, 17. Kedatangan ini, tidak dapat dipalsukan. la akan merangkumi seluruh alam dan disaksikan oleh seluruh dunia.PA 163.2

    Hanya mereka yang telah tekun mempelajari Kitab Suci dan telah menerima kasih kebenaran akan dilindungi daripada tipuan yang akan memperdayakan dunia. Dengan kesaksian Kitab Suci, mereka akan dapat mengesan penipu dalam samarannya. Semua pasti akan diuji. Adakah umat Tuhan kini berpegang teguh kepada Firman-Nya sehinggakan mereka tidak tunduk kepada bukti yang dirasai? Adakah mereka, dalam krisis sebegitu, sekadar mampu berpegang kepada Kitab Suci dan Kitab Suci semata-mata?PA 163.3

    Apabila dekri dikeluarkan oleh pelbagai pemimpin kerajaan Kristian terhadap pengikut hukum, lalu menghapuskan perlindungan kerajaan dan membiarkan mereka di tangan orang-orang yang ingin membinasakan mereka, umat Tuhan akan melarikan diri dari kota dan kampung dan berhimpun bersama-sama, hidup di kawasan yang terpencil dan tersembunyi. Ramai yang akan mendapat perlindungan di kawasan pergunungan, seperti orang-orang Kristian di lembah Piedmont, mereka akan menjadikan kawasan pergunungan tinggi sebagai kediaman mereka dan akan berterima-kasih kepada Tuhan atas “kubu yang kuat”. Yesaya 33:16. Tetapi ramai daripada semua bangsa dan semua golongan, tinggi atau rendah, kaya atau miskin, hitam atau putih, akan diperlakukan secara tidak adil dan dibelenggu dengan kejam. Umat Tuhan yang dikasihi akan melalui hari-hari memenatkan mereka dirantaikan, terkunci dalam penjara, dijatuhkan hukuman mati, ada yang seperti sengaja dibiarkan mati kelaparan dalam tahanan kurungan gelap di bawah tanah. Tiada telinga akan mendengar rintihan mereka, tiada tangan akan menghulurkan bantuan untuk menolong mereka.PA 164.1

    Adakah Tuhan melupakan umat-Nya pada masa yang sukar ini? Adakah Dia melupakan Nuh, semasa banjir menghapuskan dunia purba? Adakah Tuhan melupakan Lot semasa api disambarkan dari syurga untuk memusnahkan kota di lembah? Adakah Dia melupakan Yusuf? Adakah Dia melupakan Elia setelah lzebel menyumpah akan memastikan takdirnya seperti takdir nabi Baal? Adakah Dia melupakan Yeremia dalam lubang dalam tanah di bawah penjaranya? Adakah Tuhan melupakan tiga orang muda dalam api relau bagas? atau Daniel dalam kandang singa?PA 164.2

    “Tetapi penduduk Yerusalem berkata, “Tuhan telah meninggalkan kita! Dia telah melupakan kita.” Oleh itu Tuhan menjawab, “Dapatkah seorang ibu melupakan bayinya, atau tidak mengasihi anak kandungnya? Hai Yerusalem, Aku tidak akan melupakan kamu! Aku telah menuliskan nama kamu pada tapak tangan-Ku.” Yesaya 49:14-16. Tuhan telah berkata: “Sesiapa yang menyerang kamu, menyerang buah hati-Ku.” Zakharia 2:8.PA 165.1

    Walaupun musuh memasukkan mereka ke dalam penjara, tetapi dinding kurungan tidak akan dapat memutuskan perhubungan antara jiwa mereka dengan Kristus. Dia yang melihat setiap kelemahan mereka, Dia yang mengetahui setiap percubaan, Dia yang menguasai seluruh dunia; dan para malaikat akan melawat mereka dalam penjara, membawa keterangan dan kedamaian dari syurga. Penjara akan menjadi seperti istana, tempat tinggal orang yang kaya iman dan dinding-dinding yang kelam akan diterangi keterangan syurga seperti ketika Paulus dan Silas menyanyi pada waktu tengah malam di kurungan bawah tanah di Filipi.PA 165.2

    Hukuman Tuhan akan melanda mereka yang berusaha membinasakan umat-Nya. Kesabaran-Nya terhadap orang zalim memberanikan lagi mereka melanggar hukum Tuhan, tetapi hukuman mereka pasti dan dahsyat kerana ia telah ditangguhkan. “Tuhan akan bangkit di Gunung Perazim dan di Lembah Gibeon seperti yang dilakukan-Nya dahulu. Dia akan melaksanakan kehendak-Nya walaupun kelihatannya sangat aneh. Dia akan menyelesaikan pekerjaan-Nya yang menakjubkan itu.” Yesaya 28:21. Kepada Tuhan yang Maha Pengasih tindakan menghukum adalah suatu tindakan yang tidak Dia mudah lakukan. “Beritahulah mereka bahawa demi Aku, Tuhan Raja, Allah yang hidup, Aku tidak suka melihat orang berdosa mati.” Yehezkiel 33:11. Tuhan adalah “penuh dengan rahmat dan belas kasihan; tidak cepat murka, dan menunjukkan kasih dan kesetiaan yang besar... mengampunkan kejahatan dan dosa, tetapi tidak akan membebaskan orang yang bersalah daripada hukuman.” Keluaran 34:6, 7. “Tuhan tidak cepat murka, tetapi Dia berkuasa, dan Dia tidak pernah membebaskan orang yang melakukan kesalahan daripada hukuman.” Nahum 1:3. Menggunakan perkara dahsyat demi kebaikan, Dia akan menegaskan kekuasaan Hukum llahi yang telah dicemari. Bangsa yang sudah lama menguji kesabaran-Nya, bangsa yang tidak akan Dia musnahkan sehingga ia telah berdosa melampaui batasan Tuhan, akan akhirnya menerima kemurkaan dahsyat tanpa belas kasihan.PA 165.3

    Apabila Kristus menghentikan perantaraan-Nya di tempat suci, kemurkaan dahsyat tanpa belas kasihan itu akan mengancam mereka yang menyembah binatang dan imejnya dan telah menerima tandanya. (Wahyu 14:9,10) akan diluahkan. Kutukan Mesir apabila Tuhan mahu membebaskan orang Israel hampir sama jenis dengan hukuman lebih teruk dan mendalam yang bakal menimpa dunia sebelum penyelamatan terakhir umat Tuhan. Pewahyu berkata bila menggambarkan kutukan itu: “Maka timbullah bisul yang pedih dan berbahaya pada semua orang yang menerima tanda daripada binatang itu dan yang menyembah patungnya.” Air lautan “akan menjadi darah, seperti darah orang mati.” Dan “sungai-sungai dan mata-mata air, semuanya menjadi darah.” Seteruk kutukan ini, ia sebenarnya menggambarkan keadilan Tuhan. Malaikat Tuhan berkata: “Hukuman yang Engkau jatuhkan itu adil, ya Yang Maha Suci, Allah yang ada dan yang sudah ada! Mereka telah menumpahkan darah umat Allah dan darah para nabi. Sekarang Engkau memberi mereka minum darah. Hukuman itu setimpal dengan perbuatan mereka!” Wahyu 16:2-6. Dengan menjatuhkan hukuman mati kepada umat Tuhan, mereka bertanggungjawab terhadap darah orang yang menitis bagaikan ia dititiskan dari tangan mereka sendiri. Begitu juga Kristus mengatakan bangsa Yahudi pada zaman-Nya menanggung kesalahan ketumpahan darah semua orang suci yang telah dibunuh sejak Habel, kerana mereka memilikijiwa yang sama dengan pembunuh para nabi.PA 166.1

    Dalam kutukan yang menyusul, kekuatan diberikan kepada matahari untuk “menghanguskan manusia dengan panasnya yang terik. Manusia dihanguskan oleh panas yang terik itu.” Wahyu 16:8, 9. Nabi itu menggambarkan dunia pada masa yang menakutkan ini: “Tanah berkabung kerana gandum sudah musnah, buah anggur sudah kering, dan pokok zaitun sudah layu Pokok buah-buahan di ladang sudah layu semuanya; maka rakyat tidak lagi gembira.” “Benih mati di tanah yang gersang. Tiada lagi gandum untuk disimpan; jelapang kosong menjadi reruntuhan. Binatang ternakan melenguh dan gelisah, kerana tiada lagi padang rumput bagi semuanya; kawanan domba pun menderita... Sungai-sungai sudah kering, dan padang rumput di gurun sudah dibakar api.” “Pada hari itu, nyanyian di istana akan menjadi ratapan. Mayat akan berselerak di merata-rata tempat. Mayat-mayat itu akan dibuang dengan diam-diam.” Yoel 1:11,12.18-20. Amos 8:3.PA 167.1

    Kutukan ini tidak melanda seluruh dunia, kerana ini akan mengorbankan semua. Namun kesengsaraannya adalah yang paling dahsyat pernah diketahui oleh manusia. Semua hukuman sebelum pengakhiran percubaan telah diberi dengan penuh belas kasihan. Darah Kristus telah melindungi orang-orang berdosa daripada hukuman yang sewajar dengan kesalahan mereka; tetapi pada penghukuman terakhir, kemurkaan tidak akan bercampur dengan belas kasihan.PA 167.2

    Pada masa itu, orang ramai akan mengingini perlindungan belas kasihan Tuhan yang mereka telah tolak sebelum ini. “Masanya akan tiba apabila Aku mendatangkan kebuluran di negeri ini. Orang akan lapar, tetapi tidak lapar akan makanan. Orang akan dahaga, tetapi tidak dahaga akan air. Mereka lapar dan dahaga akan perkhabaran daripada Tuhan. Aku, Tuhan Raja, sudah bertirman. Orang akan mengembara dari Laut Mati ke Laut Tengah, dan selanjutnya dari utara ke timur. Di merata-rata tempat mereka akan mencari perkhabaran daripada Tuhan, tetapi mereka tidak akan mendapatnya.” Amos 8:11,12PA 167.3

    Umat Tuhan tidak akan bebas sepenuhnya daripada kesengsaraan. Tetapi walaupun dianiaya dan ditekan, walaupun kekurangan dan menderita tanpa makanan, umat Tuhan tidak akan dibiarkan mati. Para malaikat yang telah menjaga Elia tidak akan meninggalkan seorang pun dari anak Tuhan yang telah mengorbankan diri sendiri dibiarkan. Dia yang mengetahui bilangan rambut atas kepala mereka akan menjaga mereka dan pada masa kebuluran, mereka pasti disediakan dengan makanan mencukupi. “Kamu akan selamat jika pertuturan dan perbuatan kamu benar.... Kamu akan mendapat makanan dan minuman.” “Ketika umat-Ku yang sengsara memerlukan air, ketika tekak mereka kering kerana kehausan, Aku, Tuhan akan mengabulkan doa mereka; Aku, Allah Israel, tidak sekali-kali akan meninggalkan mereka.” Yesaya 33:16; 41:17.PA 168.1

    “Walaupun pokok ara tidak berbunga, dan pokok anggur tidak berbuah, walaupun hasil pokok zaitun menyedihkan, dan ladang gandum mengecewakan, walaupun domba mati semuanya, dan kandang lembu kosong belaka, aku akan bersukacita dan bergembira selalu, kerana Engkau Tuhan Allah yang menyelamatkan aku.” Habakuk 3:17, 18.PA 168.2

    “Tuhan akan menjaga kamu; Dia di sisimu untuk melindungi kamu. Pada waktu siang matahari tidak akan menyakiti kamu; pada waktu malam bulan tidak akan mencederakan kamu. Tuhan akan melindungi kamu daripada segala bahaya; Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.” “Dia akan melindungi engkau daripada segala bahaya tersembunyi, dan daripada segala penyakit yang membawa maut. Dia akan menaungi engkau dengan sayap-Nya; engkau akan selamat dalam pemeliharaan-Nya; kesetiaan-Nya akan melindungi dan membela engkau. Engkau tidak usah takut akan bahaya pada waktu malam, atau serangan mengejut pada waktu siang, atau wabak yang menyerang pada waktu gelap, atau kehancuran yang menimpa pada tengah hari. Seribu orang mungkin jatuh mati di sisimu, sepuluh ribu orang di sekelilingmu, tetapi engkau tidak akan cedera. Engkau akan memandang di sekelilingmu dan melihat orang jahat dihukum. Engkau menjadikan Tuhan pembelamu, Yang Maha Tinggi pelindungmu, oleh itu engkau tidak akan kena bencana, rumahmu tidak akan ditimpa malapetaka.” Mazmur 121:5-7; 91:3-10PA 168.3

    Tetapi pada pandangan manusia, ia kelihatan bagaikan umat Tuhan memeteraikan kesaksian mereka dengan darah sendiri, seperti masa dahalu dimana orang-orang telah mati demi kepercayaan mereka. Mereka sendiri mula berasa takut memikirkan Tuhan telah membiarkan mereka dalam tangan musuh mereka. Masa itu dipenuhi kesengsaraan yang menakutkan. Malam dan siang mereka menangis kepada Tuhan agar diselamatkan. Orang-orang fasik bergembira dan mengejek, “Di manakah keimanan kamu sekarang? Kenapakah Tuhan tidak menyelamatkan kamu jika benar kamu umat-Nya?” Tetapi orang-orang yang menunggu mengingati situasi ketika Yesus mati di kayu salib Kalvari dimana imam agung dan ketua menjerit mencemuhnya, “Dia menyelamatkan orang lain, tetapi tidak dapat menyelamatkan dirinya sendiri! Bukankah dia raja orang Israel? Jika Dia turun dari salib sekarang, kami akan percaya kepadanya!” Matius 27:42. Seperti Yakub, semua orang bergelut dengan Tuhan. Wajah mereka menggambarkan pergelutan dalaman. Muka semua pucat. Namun mereka tidak berhenti mendoakan penyelamatan diri mereka.PA 169.1

    Sekiranya manusia mempunyai pandangan llahi, mereka akan melihat para malaikat berdekatan dengan mereka yang telah sabar, menuruti perkataan Kristus. Dengan belaian simpati para malaikat telah menyaksikan kekecewaan mereka dan mendengar doa-doa mereka. Mereka menunggu perintah daripada Komander mereka untuk membebaskan mereka daripada bahaya. Tetapi mereka perlu menunggu sedikit masa lagi. Umat Tuhan perlu meminum cawan dan dibaptiskan dengan pembaptisan. Penundaan penyelamatan daripada kesengsaraan yang dipinta sebenarnya merupakan jawapan terbaik kepada doa penyelamatan mereka. Sementara mereka menunggu Tuan mereka mengusahakan penyelamatan mereka, mereka harus menguatkan iman mereka, terus berharap dan bersabar, perkara yang dalam pengalaman kepercayaan mereka sebelum ini kurang dilakukan. Tetapi demi orang-orang pilihan, masa kesukaran akan dipendekkan. “Tidakkah Allah akan membela umat-Nya yang berseru kepada-Nya siang malam? Adakah Dia akan berlambat-lambat untuk menolong mereka? Percayalah, Allah akan membela mereka dengan segera!” Lukas 18:7, 8. Pengakhiran akan datang dengan lebih cepat daripada yang dijangkakan. Gandum akan dituai dan dikumpulkan ke dalam jelapang; lalang akan diikat untuk dibakar oleh api pemusnah.PA 170.1

    Pengawal llahi, setia kepada amanah mereka akan meneruskan jagaan mereka. Walaupun dekri umum telah menetapkan masa bila mana pemelihara hukum boleh dihukum mati, musuh mereka, dalam kes tertentu, tidak menunggu dekri itu dan akan cuba untuk membunuh mereka. Tetapi tiada sesiapa akan dapat melepasi penjaga kuat yang berada di samping setiap jiwa yang taat. Ada yang akan diserang dalam perjalanan melarikan diri keluardari kota ke desa; tetapi pedang yang diangkat untuk menyerang mereka akan patah dan jatuh tak berkuasa bagaikan jerami. Ada pula yang akan dipertahankan oleh malaikat yang muncul sebagai askar.PA 170.2

    Sepanjang zaman, Tuhan, melalui malaikat-Nya menolong dan menyelamatkan umat-Nya. Makhluk syurgawi telah secara aktit mengambil bahagian dalam hal-ehwal manusia. Mereka telah muncul berpakaian jubah bersinar bagaikan kilat; mereka telah datang berpakaian pengembara. Malaikat telah muncul sebagai manusia kepada umat Tuhan. Mereka telah berehat bagaikan keletihan bawah pohon pada masa tengah hari. Mereka menerima layanan baik di rumah manusia. Mereka telah berperanan sebagai pemandu kepada pengembara yang menumpang tidur. Mereka telah, dengan tangan sendiri menyalakan api di mezbah, mereka telah membuka pintu penjara dan membebaskan hamba-hamba Tuhan. Berpakaian kegemilangan syurga, mereka datang menggulingkan batu dari kubur Juruselamat.PA 171.1

    Sebagai manusia, malaikat sering kali melawat perkumpulan orang baik; dan juga perkumpulan orang-orang tasik, ketika dalam perjalanan ke Sodoni, untuk mencatatkan perlakuan mereka untuk menentukan sama ada mereka telah melimpasi batasan kesabaran Tuhan. Tuhan seronok bila berbelas kasihan; dan demi beberapa orang yang benar-benar melayani-Nya, Dia menangguhkan malapetaka dan memanjangkan kesejahteraan orang ramai. Ramai orang berdosa tidak menyedari bahawa mereka berhutang nyawa mereka kepada mereka yang setia kepada Tuhan, dan sering kali ditindas.PA 171.2

    Tanpa disedari pemerintah dunia ini, sering kali para malaikat menjadi jurucakap. Mata manusia telah memandang mereka dan telinga manusia telah mendengar rayuan mereka, bibir manusia telah menentang dan mencemuh nasihat mereka; tangan manusia telah mencaci dan mendera mereka. Di dewan majlis dan mahkamah pengutus llahi telah menunjukkan perhubungan rapat dengan sejarah manusia; mereka telah membuktikan bahawa mereka jauh lebih berupaya merayu bagi pihak orang yang tertindas berbanding dengan pembela manusia yang terpuji dan terfasih. Mereka telah menewaskan dan menghentikan kezaliman yang bakal melumpuhkan usahaTuhan dan membawa penderitaan besarkepada umat Tuhan. Pada masa bahaya dan ketegangan, “Malaikat Tuhan mengawal orang yang menghormati-Nya, dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.” Mazmur 34:8.PA 171.3

    Dengan keinginan bersungguh, umat Tuhan menunggu tanda-tanda kedatangan Raja mereka. Apabila penjaga bertanya “Masih lamakah malam ini? Katakanlah, berapa lama sebelum pagi?” Jawabnya, “Pagi akan datang tetapi malam akan datang lagi.” Yesaya 21:11,12. Ketika mereka menyampaikan rayuan mereka kepada Tuhan, cahaya menerangi awan di sebalik puncak gunung. Sejurus selepas itu, kemuliaan-Nya akan kelihatan. Bintang Kebaikan bakal menyinari dunia. Pagi dan malam kini bersatu — permulaan pagi kegembiraan berkekalan bagi yang baik, dan pengakhiran malam berkekalan kepada yang zalim.PA 172.1

    Ketika orang bergelut masih mendoakan penyelamatan mereka, tirai memisahkan mereka dari dunia tak nyata bagaikan ditarik balik. Langit bersinar dengan keterangan hari kekal, dan bagaikan irama lagu yang merdu, kata-kata malaikat kedengaran di telinga: “Berteguhlah dalam dalam kesetiaanmu. Bantuan datang.” Kristus, Juara maha kuasa, membawa untuk pejuang-Nya yang letih, mahkota kemuliaan berkekalan; dan suara-Nya kedengaran dari pintu gerbang terbuka berkata: “Aku beserta denganmu. Jangan takut. Aku mengetahui semua penderitaanmu. Aku telah menanggung kesedihanmu. Kamu tidak menentang musuh yang belum ditentang. Aku telah memenangi peperangan ini bagi kamu dan dalam nama-Ku kamu lebih dari penakluk.”PA 172.2

    Juruselamat yang disayangi akan memberikan pertolongan sejurus apabila kita memerlukannya. Jalan ke syurga telah disucikan dengan tapak kakinya. Setiap duri yang melukakan kaki kita telah melukakan-Nya terlebih dahulu. Setiap salib yang kita dukung, telah Dia dukung untuk kita. Tuhan membenarkan percubaan, demi menyediakan jiwa menerima kedamaian. Masa kesukaran adalah kesusahan menakutkan bagi umat Tuhan, tetapi ia adalah masa dimana setiap orang yang benar-benar percaya untuk memandang ke atas dan melihat dengan janji keimanan yang mengelilinginya.PA 173.1

    “Orang yang Engkau selamatkan akan tiba di Yerusalem dengan sukacita, mereka akan menyanyi dan bersorak-sorai. Mereka akan bersukacita dan bersukaria, bebas daripada duka nestapa selama-lamanya. Tuhan berfirman, “Akulah yang menghibur kamu. Mengapakah kamu takut terhadap manusia fana? Manusia seperti rumput yang cepat layu. Adakah kamu sudah lupa akan Tuhan pencipta kamu, yang membentangkan langit dan meletakkan asas bumi? Mengapakah kamu sentiasa takut terhadap keganasan penindas, yang mahu membinasakan kamu? Keganasan mereka tidak dapat menyentuh kamu lagi. Mereka yang sekarang ditawan akan segera dibebaskan; mereka tidak akan mati dan dikubur, dan tidak akan kekurangan makanan. Akulah Tuhan, Allah kamu; Akulah yang menggelorakan ombak berderu. Nama-Ku Tuhan Yang Maha Kuasa! Aku membentangkan langit, dan meletakkan asas bumi; Aku berfirman kepada Yerusalem, “Kamulah umat-Ku! Aku telah memberi kamu ajaran-Ku dan melindungi kamu dengan kuasa-Ku.” Yesaya 51:11-16.PA 173.2

    “Hai penduduk Yerusalem yang menderita, kamu terhuyung-hayang seperti orang mabuk. Tuhan, Allah kamu membela kamu. Dia bertirman, “Aku akan menjauhkan hukuman yang Kujatuhkan ketika Aku murka. Kamu tidak usah lagi menderita hukuman yang membuat kamu terhuyung-hayang.” Yesaya 51:21-23.PA 174.1

    Pemandangan Tuhan, melihat ke hadapan ke arah masa krisis yang bakal dihadapi umat-Nya bila mana kuasa dunia menentang mereka. Bagaikan tawanan yang disisihkan, mereka akan takut mati disebabkan kelaparan atau keganasan. Tetapi Dia yang Suci, yang telah membahagikan Lautan Merah bagi orang Israel, akan menunjukkan kekuasaan-Nya dan menterbalikkan tawanan mereka. “Mereka akan menjadi umat-Ku. Pada hari Aku bertidak kelak, mereka akan menjadi milik-Ku yang khas. Aku akan berbelas kasihan kepada mereka seperti seorang bapa berbelas kasihan kepada anak yang mengabdikan diri kepadanya.” Maleakhi 3:17. Jika darah daripada saksi Kristus tercurah pada masa ini, ia tidak akan berperanan seperti darah saksi Tuhan terdahulu, menjadi benih kebenaran yang bakal dituai untuk Tuhan. Kesetiaan mereka tidak akan menjadi kesaksian untuk meyakinkan orang lain mengenai kebenaran, kerana hati degil mereka yang telah memukul balas ombak belas kasihan sehingga ia tidak kembali lagi. Jika orang-orang benar kini dibenarkan jatuh menjadi mangsa musuh mereka, ia akan menjadi kejayaan kepada penguasa kegelapan. Menurut Mazmur, “Pada masa kesusahan Dia akan melindungi aku; Dia akan menjaga aku supaya selamat di dalam rumah-Nya, dan menempatkan aku di atas gunung batu.” Mazmur 27:5. Kristus telah berbicara: “Masuklah ke dalam rumah kamu, hai bangsaku, dan tutuplah pintu. Bersembunyilah seketika, sehingga kemurkaan Allah sudah reda. Tuhan akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka.” Yesaya 26:20, 21. Penyelamatan mereka yang sabar menunggu kedatangan-Nya, dan nama mereka yang tertulis dalam buku kehidupan adalah dengan penuh kemuliaan.PA 174.2

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents