Loading...
Larger font
Smaller font
Copy
Print
Contents
  • Results
  • Related
  • Featured
No results found for: "".
  • Weighted Relevancy
  • Content Sequence
  • Relevancy
  • Earliest First
  • Latest First
    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents

    13—Bumi Dibinasakan

    “Kerana dosanya bertimbun-timbun sampai ke langit, dan Allah tidak lupa akan kejahatannya Isilah cawannya dengan minuman yang dua kali lebih keras daripada minuman yang disediakannya untuk kamu. Berilah Babel penderitaan dan kesedihan sebanyak kemuliaan dan kemewahan yang diberikannya kepada dirinya sendiri, kerana Babel sentiasa berkata kepada dirinya sendiri, “Aku ratu yang memerintah! Aku bukan balu, aku tidak akan mengalami kesedihan!” Itulah sebabnya dalam sehari semua malapetaka ini akan menimpanya: penyakit, kesedihan, dan kebuluran. Babel akan dihanguskan oleh api, kerana Tuhan Allah yang menghakiminya itu berkuasa. Raja-raja dunia yang ikut melakukan perbuatan cabul dan lucah dengannya akan menangisi dan meratapi kota itu, . . . berkata, “Alangkah malangnya kota Babel yang agung dan perkasa itu! Dalam satu jam sahaja Babel telah dihukum!” Wahyu 18:5-10.PA 198.1

    “Para saudagar di bumi” yang telah “menjadi kaya oleh nafsunya yang tidak terkendali itu,” “akan berdiri darijauh, kerana mereka takut terkena penderitaannya. Mereka akan menangis dan berkabung, serta berkata, “Alangkah malangnya kota yang agung itu! biasanya Babel berpakaian kain linen, kain ungu, dan kain merah tua; biasanya Babel memakai perhiasan emas, permata, dan mutiara! Tetapi dalam satu jam sahaja, Babel telah kehilangan segala kekayaannya!” Wahyu 18:11,3, 15-17.PA 198.2

    Begitulah penghakiman yang dijatuhkan ke atas Babylon pada hari kemarahan Tuhan. Dia telah memenuhi tindakan kejahatannya; masanya telah tiba; dia sudah sedia untuk kemusnahan.PA 199.1

    Apabila suara Tuhan menghapuskan penawanan umat-Nya, berlakunya kesedaran dahsyat antara mereka yang kehilangan semua dalam konflik besar kehidupan. Sewaktu masa percubaan, mereka telah dibutakan oleh penipuan Syaitan, dan mereka membela pilihan berdosa mereka. Orang-orang kaya memegahkan kedudukan tinggi mereka sebagai kumpulan pilihan berbanding dengan kumpulan yang kekurangan; tetapi kekayaan mereka diperolehi dengan melanggar hukum-hukum Tuhan. Mereka telah mengabai untuk memberi makan kepada mereka yang lapar, memberi pakaian kepada mereka yang tak berpakaian, bertindak adil, dan mengasihi sifat berbelas kasihan. Mereka telah memilih untuk mengagungkan diri mereka sendiri dan memperoleh penghormatan daripada individu lain. Kini mereka kehilangan semua yang menjadikan mereka hebat dan dibiarkan serba kekurangan dan tidak dilindungi. Mereka kegerunan memandang kemusnahan idola-idola yang mereka telah pilih melebihi Pencipta mereka. Mereka telah menjual jiwa mereka demi kekayaan dan keseronokan dunia, dan tidak memilih kekayaan dalam Tuhan. Keputusannya, kehidupan mereka suatu kegagalan; keseronokan mereka berubah menjadi kepahitan, harta mereka binasa. Pencapaian seumur hidup dihapuskan dalam sekelip mata. Orang-orang kaya meratapi kemusnahan rumah megah mereka, emas dan perak mereka bertaburan. Tetapi ratapan mereka akan dihentikan dengan kesedaran bahawa mereka akan musnah bersama-sama idola mereka.PA 199.2

    Orang-orang jahil diselubungi kekesalan, bukan kerana berasa berdosa kerana mengingkari Tuhan dan individu lain, tetapi kerana Tuhan telah berjaya. Mereka meratap kerana keputusan adalah seperti yang ditentukan; tetapi mereka tidak bertaubat atas kejahilan mereka. Jika dibenarkan, mereka pasti tidak akan meninggalkan apa-apa peluang untuk cuba menawan.PA 200.1

    Dunia melihat kumpulan yang dipandang hina dan dipandang rendah, kumpulan yang mereka ingin musnahkan, mengharungi sampar, taufan dan gempa bumi dengan selamat. Dia yang menjadi api pemusnah kepada mereka yang melanggar undang-undang-Nya, sebenarnya menjadi tempat teduhan kepada umat-Nya.PA 200.2

    Penginjil yang mengorbankan kebenaran demi sokongan manusia kini menyedari keperibadian dan pengaruh ajarannya. Kini jelas bahawa Mata yang Maha Mengetahui telah mengekorinya semasa dia berada di meja, semasa dia berjalan di jalanan, semasa dia bermesra dengan manusia di semua lapisan kehidupan. Setiap emosi jiwanya, setiap baris kehidupan yang tertulis, setiap perkataan yang diucapkan, setiap tindakan yang mempengaruh manusia untuk mendapatkan perlindungan dalam kepalsuan telah tersebar benihnya; dan kini dia, dalam kepiluan, bersama roh-roh yang hilang, dia melihat hasilnya.PA 200.3

    Firman Tuhan: “Celakalah para gembala yang membiarkan kambing domba-Ku hilang dan terserak . . . Aku akan membalaskan kepadamu perbuatan-perbuatanmu yang jahat.” “Oleh kerana kamu melemahkan hati orang benar dengan dusta, sedang Aku tidak mendukakan hatinya, dan sebaliknya kamu mengeraskan hati orang fasik, sehingga ia tidak bertaubat dari kelakuannya yang fasik itu, dan kamu membiarkan dia hidup.” Yeremia 23:1, 2: Yehezkiel 13:22.PA 200.4

    Tuhan berkata: “Mereka menganggap luka-luka umat-Ku sebagai luka kecil sahaja. Mereka berkata, “Semuanya baik dan aman.” Tetapi semuanya sama sekali tidak baik dan tidak aman.” “Menangislah hai para pemimpin, kamu yang menjadi gembala umat-Ku, menangislah kuat-kuat! Merataplah dan berguling-gulinglah dalam debu, kerana sudah tiba masanya kamu dibantai: kamu akan disembelih seperti domba jantan. Kamu pasti tidak dapat menyelamatkan diri.” Yeremia 8:11:25:34, 35.PA 201.1

    Pemimpin-pemimpin dan rakyat melihat bahawa mereka tidak mengekalkan hubungan yang betul dengan Tuhan. Mereka lihat bahawa mereka telah memberontak terhadap Penulis segala keadilan dan hukum benar. Pengetepian ajaran-ajaran ketuhanan telah mengakibatkan ribuan kejahatan, pertengkaran, kebencian, dosa, sehingga dunia menjadi satu padang perbalahan, suatu lubuk kejahilan. Ini adalah pandangan yang terbuka kepada mereka yang telah memilih unutk menolak kebenaran dan membela kesalahan. Tiada bahasa yang boleh menggambarkan keinginan mereka yang ingkar dan curang kerana kehilangan selamanya -kehidupan kekal. Mereka yang telah dunia sembahkan kerana bakat dan kecerdikkan kini melihat perkara dalam pandangan sebenar. Mereka sedar bahawa apa yang mereka hilang disebabkan dosa, dan mereka jatuh ke tapak kaki mereka yang mana ketaatan mereka telah dipandang rendah dan diejek, dan mengakui bahawa Tuhan menyayangi mereka.PA 201.2

    Orang ramai kini melihat bawah mereka telah tertipu. Mereka menuduh sesama sendiri kerana membawa mereka kepada kemusnahan; tetapi semua orang bersatu menyalahkan penginjil-penginjil. Penginjil tidak setia telah meramalkan berlakunya hal yang baik; “hal-hal yang manis”; mereka mempengaruhi pendengar mereka untuk tidak mementingkan keperluan mematuhi hukum Tuhan dan menganiaya mereka yang menyucikan-Nya. Kini, dalam kesedihan, di hadapan seluruh dunia, para pengajarini mengakui kerja penipuan mereka. Orang ramai dipenuhi dengan kemarahan. “Kami sesat,” seru mereka, “dan kamulah sebab kemusnahan kami;” lalu mereka berpaling tadah kepada gembala yang salah. Mereka yang dahulunya paling memandang tinggi akan guru mereka kini akan mengatakan sumpah yang paling menggerunkan. Tangan yang pernah menabalkan mereka dengan pujian kini akan digunakan demi kemusnahan. Pedang yang digunakan untuk membunuh orang-orang Tuhan kini diarahkan untuk membunuh musuh mereka. Di merata tempat hanya kesusahan dan ketumpahan darah berlaku.PA 201.3

    “Sampai ke hujung bumi suara-Nya bergema. Tuhan mengajukan perkara terhadap bangsa-bangsa. Dia akan mengadili semua orang dan membinasakan orang jahat.” Yeremiah 25:31. Selama enam ribu tahun kontroversi besar ini berlaku: anak Tuhan dan utusan-utusan syurga telah berkontlik dengan kejahatan demi memberi amaran, menyedarkan dan menyelamatkan anak-anak manusia. Kini semua orang telah membuat keputusan mereka; orang-orang jahil bersatu sepenuhnya dengan Syaitan dalam peperangan menentang Tuhan. Telah tiba masanya untuk Tuhan mengesahkan kekuasaan-Nya terhadap hukum-hukum-Nya yang telah dipandang rendah. Kini kontroversi ini bukan hanya dengan Syaitan tetapijuga dengan manusia. “Tuhan mempunyai pergaduhan dengan bangsa-bangsa.” Yeremia 25:31.PA 202.1

    Tanda kebebasan telah pun dipastikan ke atas “mereka yang mengeluh dan menangis agar segala kebencian akan berakhir.” Kini malaikat maut maju kehadapan, dilambangkan di dalam wahyu Yehezkiel sebagai orang yang memegang pedang pembunuhan, dengan perintah: “Bunuhlah orang tua, teruna, dara, ibu, dan kanak-kanak. Tetapi jangan sentuh seorang pun yang mempunyai tanda pada dahi. Mulalah dari sini, dari Rumah-Ku.” Kata rasul: “Oleh itu mereka memulakan tugas dengan membunuh para pemimpin yang berdiri di Rumah Tuhan.” Yezekiel 9:1-6. Kerja pemusnahan bermula antara mereka yang mengaku sebagai pembela rohani orang-orang ini. Penjaga palsu ini merupakan orang pertama yang akan jatuh. Tiada orang yang akan mendapat belas kasihan atau dikecualikan. Lelaki, wanita, anak dara, dan kanak-kanak kecil akan mati juga.PA 203.1

    “Tuhan akan datang dari tempat kediaman-Nya di syurga untuk menghukum manusia di bumi kerana dosa mereka. Pembunuhan akan dilakukan secara rahsia di bumi akan terbongkar, dan kubur pun tidak lagi menyembunyikan mereka yang telah dibunuh.” Yesaya 26:21. “Tuhan akan mendatangkan penyakit yang mengerikan kepada semua bangsa yang memerangi Yerusalem. Mata dan lidah mereka, bahkan seluruh tubuh mereka akan membusuk sementara mereka masih hidup. Pada masa itu Tuhan akan membuat mereka sedemikian bingung dan takut sehingga setiap orang akan menyerang dan menangkap orang di sebelahnya.” Zakharia 14:12, 13. Di dalam huru-hara kegilaan akibat keghairahan mereka sendiri dan kedahsyatan kemurkaan Tuhan yang sepenuhnya, akan jatuhlah mereka semua-para imam, pemimpin dan rakyat, kaya dan miskin, tinggi dan rendah. “Pada hari itu mayat orang yang dibinasakan oleh Tuhan akan bergelimpangan di seluruh muka bumi. Mereka tidak akan diratapi, tidak pula diangkat untuk dikuburkan, melainkan dibiarkan sahaja di tanah seperti timbunan baja.” Yeremia 25:33.PA 203.2

    Semasa kedatangan Kristus, orang-orang jahil akan dihapuskan dari seluruh dunia-dihapuskan oleh Roh dari mulut-Nya dan dimusnahkan oleh keterangan sinaran kemuliaan-Nya. Kristus membawa umat-Nya kepada Tuhan dan bumi tidak berpenghuni. “Tuhan akan memusnahkan bumi sehingga menjadi tandus dan sepi. Dia akan membalikkan permukaan bumi dan mencerai-beraikan penduduknya.” “Bumi akan hancur dan musnah. Tuhan telah berfirman dan hal itu pasti berlaku.” “Bumi tercemar kerana manusia melanggar hukum-hukum Allah dan telah memungkiri perjanjian yang dibuat oleh Allah dengan mereka untuk selama-lamanya. Oleh itu Allah telah mengutuk bumi. Manusia akan menerima balasan bagi perbuatan mereka, dan orang yang terselamat kian lama kian sedikit.” Yesaya 24:1,3, 5, 6.PA 204.1

    Seluruh bumi kelihatan seperti belantara terbiar. Kota-kota dan perkampungan musnah disebabkan oleh gempa bumi, pohon-pohon tumbang, batu-batu pecah tercampak ke dalam lautan atau hancur di atas bumi, berselerak di atasnya, sementara lubang-lubang besar menandakan gunung terbelah dari dasarnya.PA 204.2

    Kini peristiwa, yang dibayangkan oleh upacara terakhir ketika Hari Penebusan akan berlaku. Apabila perlayanan di kaabah paling suci telah disempurnakan, dan dosa-dosa Israel telah dihapuskan dari tempat suci dengan darah korban dosa, pemikul dosa akan dihadapkan hidup-hidup di hadapan Tuhan dan “semua dosa umat Israel dipindahkan ke atas kepada kambing itu.” Imamat 16:21. Dengan cara yang sama apabila kerja penebusan di tempat suci syurga telah selesai, kemudian, di hadirat Tuhan dan para malaikat dan orang-orang yang telah ditebus, dosa-dosa umat Tuhan akan diletakkan pada Syaitan; dia akan dinyatakan bertanggungjawab atas semua kejahatan telah dia paksa mereka lakukan. Sebagaimana kambing penanggung dosa dihantar ke tempat yang tandus, begitu juga Syaitan akan dibuangkan di bumi kosong, tanpa mana penghuni dan kekosongan yang menjemukan.PA 204.3

    Pewahyu menyatakan kemusnahan Syaitan dan keadaan kucar-kacir serta keadaan kekurangan bumi yang telah ditanduskan, dan dia mengisytiharkan bahawa keadaan begini akan berterusan selama satu ribu tahun. Selepas mengambarkan kejadian kedatangan kedua Tuhan dan kemusnahan orang jahil, pewahyu meneruskan: “Kemudian aku nampak satu malaikat turun dari syurga. Dia memegang kunci jurang maut dan seutas rantai besar. Dia menangkap naga itu, ular tua itu iaitu Iblis atau Syaitan, dan merantainya selama seribu tahun. Malaikat itu membuang naga itu ke dalam jurang maut, lalu mengunci jurang itu dan memeteraikannya, supaya naga itu tidak dapat menipu bangsa-bangsa lagi, sehingga masa seribu tahun itu berlalu. Selepas itu naga itu mesti dilepaskan untuk masa yang singkat.” Wahyu 20:1-3.PA 205.1

    Kenyataan bahawa “jurang tanpa akhiran” melambangkan keadaan bumi dalam kekeliruan dan kegelapan nyata terbukti dalam Kitab Suci. Keadaan dunia “pada mulanya”, dinyatakan dalam Kitab Suci bumi belum berbentuk dan masih kacau-bilau; dan kegelapan menyelubungi permukaannya. Kejadian 1:2-3. [Perkataan Ibrani yang membawa maksud menutupi segala sesuatu adalah perkataan sama yang membawa maksud jurang tanpa akhiran di Wahyu 21:1-3]PA 205.2

    Dalam Kejadian 1:2, Nubuatan mengajar bahawa dunia akan dikembalikan kepada keadaan sebegini, sekurang-kurangnya separuh. Memandang depan ke hari mulia Tuhan, nabi Yeremia menyatakan: “Aku memandang bumi-nampaknya kosong dan gersang. Aku mengarah ke langit-tidak ada yang terang. Aku memandanggunung-ganang-semuanyabergoncang, dan bukit-bukit bergoyang. Aku tidak nampak manusia; burung pun sudah terbang semua. Tanah subursudah menjadi gurun; kota-kotanya tinggal reruntuhan, kerana Tuhan sangat murka.” Yeremia 4:23-26.PA 205.3

    Inilah yang bakal menjadi rumah Syaitan bersama dengan malaikat kejahatannya selama seribu tahun. Terkurung di bumi, dia tidak akan dapat berhubungan dengan dunia lain untuk mencubai dan mengganggu mereka yang tidak pernah berdosa. Inilah maksud sebenar dia diikat; tiada lagi orang yang boleh dia kuasai. Dia diberhentikan daripada melakukan sebarang penipuan dan pembinasaan, iaitu satu-satu kerjanya selama berkurun-kurun lamanya dan telah menjadi kesukaannya.PA 206.1

    Nabi Yesaya, memandang depan ke masa penghapusan Syaitan, berseru: “Hai raja Babilonia, bintang fajar yang cemerlang, engkau sudah jatuh dari langit! Dahulu engkau mengalahkan bangsa-bangsa, tetapi sekarang engkau dicampakkan ke tanah. Engkau bertekad naik ke langit dan menempatkan takhtamu di atas bintang-bintang yang tertinggi. Engkau berfikir engkau dapat duduk sebagai raja di atas gunung di utara, tempat dewa-dewa berkumpul. Engkau ingin naik ke puncak awan dan menjadi seperti Yang Maha Kuasa. Tetapi sebaliknya engkau telah diturunkan sampai ke bahagian yang paling bawah di dunia orang mati. Mereka yang berada di situ akan memandang dan menatap engkau. Mereka akan bertanya, “Inikah dia yang menggentarkan bumi dan menggemparkan kerajaan-kerajaan? Inikah dia yang mengubah dunia menjadi padang pasir? Inikah dia yang tidak pernah membebaskan orang tawanannya ataupun membenarkan mereka pulang?” Yesaya 14:12-17.PA 206.2

    Selama enam ribu tahun, kerja pemberontakan Syaitan telah “menakutkan penghuni bumi” Dia telah “menjadikan bumiseperti belantara, dan memusnahkan kota-kota.” Dan dia “tidak membuka pintu penjara.” Selama enam ribu tahun, rumah penjara ikatan dosanya telah menerima orang-orang Tuhan, dan jika dibenarkan dia pasti menjadikan mereka banduannya untuk selamanya; tapi Kristus telah memecahkan ikatan tawanannya dan membebaskan banduan-banduan itu.PA 206.3

    Orang-orang jahil pun kini ditempatkan jauh daripada kuasa Syaitan, dan bersendirian bersama para malaikat jahatnya, dia kekal menyedari kesan daripada sumpahan yang dibawa dosa. “Semua bekas raja bangsa-bangsa dimakamkan dengan kemegahan di makam masing-masing, tetapi engkau tidak mempunyai kubur sekalipun. Mayatmu dibuang dan dibiarkan sehingga mereput serta ditimbuni mayat askar-askar yang gugur dalam peperangan. Semuanya dilempar ke dalam lubang yang berbatu. Seperti bangkai yang dipijak-pijak, engkau tidak akan dimakamkan seperti raja-raja lain kerana engkau telah memusnahkan negerimu dan membunuh rakyatmu sendiri. Tiada seorang pun antara anggota keluargamu yang zalim itu akan diselamatkan. Semuanya akan mati.” Yesaya 14:18-20.PA 207.1

    Selama seribu tahun, Syaitan akan merayau ulang-alik merata dunia tandus melihat akibat pemberontakannya menentang hukum Tuhan. Pada ketika ini penderitaannya teramat sangat. Semenjak kejatuhannya kehidupan yang dipenuhi aktiviti tanpa henti tidak memberikan dia peluang untuk berfikir; tetapi dia kini kehilangan kuasanya dan dibiarkan merenungi peranannya sejak kali pertama dia memberontak terhadap kerajaan syurga, dan melihat kegerunan kepada masa depan ngeri di mana dia pasti terseksa untuk segala kejahatan yang dia telah lakukan serta dihukum untuk dosa-dosa yang dia telah sebabkan.PA 207.2

    Kepada orang-orang Tuhan, tahanan Syaitan akan membawa kegirangan dan kegembiraan. “Tuhan akan mengakhiri kesakitan dan penderitaan umat Israel. Dia akan membebaskan mereka daripada kerja berat yang dipaksakan kepada mereka. Apabila Tuhan melakukan hal itu, mereka akan mengejek raja Babilonia, (disini bermaksud Syaitan) sebegini, “Raja yang kejam sudah jatuh! Dia tidak dapat menindas sesiapa pun lagi! Tuhan telah menamatkan kuasa pemerintah-pemerintah zalim yang menindas bangsa-bangsa dengan marah dan terus-menerus menganiaya mereka.” Yesaya 14:3-6.PA 207.3

    Semasa jurang seribu tahun antara kebangkitan pertama dan kedua, penghakiman orang-orang jahil akan berlaku. Paulus menyatakan bahawa penghakiman ini adalah kejadian yang menyusuli kedatangan kedua. “Janganlah kamu buat keputusan bahawa seseorang bersalah atau tidak, sebelum waktunya. Tunggulah sehingga Tuhan datang kelak; Dia akan mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi dalam kegelapan. Dia juga akan membongkar segala niat yang terpendam di dalam hati manusia.” 1 Korintius 4:5. Danial mengatakan bahawa, “Dia yang hidup selama-lamanya datang dan memberikan keputusan yang memihak umat Allah Yang Maha Tinggi.” Daniel 7:22. Pada masa ini orang-orang kudus akan memerintah sebagai raja dan paderi kepada Tuhan. Yohanes dalam Wahyu berkata: “Aku nampak takhta-takhta dan orang yang duduk di atas takhta-takhta itu diberikan kuasa untuk menghakimi.” “Mereka akan menjadi imam Allah dan imam Kristus. Mereka akan memerintah bersama-sama Dia selama seribu tahun.” Wahyu 20:4, 6. Inilah masa yang dikatakan oleh Paulus sebagai“umat Allah akan mengadili dunia ini!” 1 Korintus 6:2. Bersama-sama dengan Kristus mereka menghakimi orang-orang jahil, membandingkan perbuatan mereka dengan buku undang-undang, Kitab Suci, menentukan keputusan untuk setiap kes mengikut tindakan yang telah dilakukan. Kemudian hukuman bagi orang-orang jahil harus ditentukan berdasarkan kepada perbuatan mereka; dan direkodkan bertentangan dengan nama mereka di dalam buku kematian.PA 208.1

    Syaitan dan para malaikat jahat juga akan dihakimi oleh Kristus dan umat-Nya. Paulus berkata: “Kamu tentu tahu bahawa kita akan mengadili malaikat-malaikat!” 1 Korintus 6:3. Yudas mengatakan: “Ingatlah akan malaikat-malaikat yang melampaui batas kekuasaan yang telah diberikan oleh Allah, sehingga meninggalkan tempat kediaman mereka. Allah membelenggu malaikat-malaikat itu dengan rantai abadi, di tempat yang gelap di bawah bumi. Allah menahan mereka di situ sehingga Hari Kiamat apabila mereka akan dihukim.” Yudas 6.PA 209.1

    Pada pengakhiran seribu tahun, kebangkitan kedua akan berlaku. Kemudian orang-orang jahil akan dibangkitkan dari kematian dan tampil di hadapan Tuhan bagi pelaksanaan “hukuman seperti yang tertulis.” Mazmur 1 49:9. Kemudian pewahyu berkata, setelah menggambarkan kebangkitan orang-orang suci, “Orang mati lainnya tidak hidup semula sehingga masa seribu tahun itu berlalu.” Wahyu 20:5. Dan Yesaya berkata, berkaitan dengan orang-orang fasik: “Allah akan mengumpulkan raja-raja seperti orang tawanan di dalam sebuah lubang. Mereka akan dipenjarakan oleh-Nya sehingga hari hukuman mereka tiba.” Yesaya 24:22.PA 209.2

    Larger font
    Smaller font
    Copy
    Print
    Contents